Jika anda mahu maju ke hadapan..dan di kala itu tiada siapa sudi menyokong anda dari belakang..Jangan sekali anda lupa yang sebaik2 sokongan datang dari Yang Atas... Alhamdulillah pencarian saya belum berhenti, kalau saya jumpa yang dah hakiki barulah berpuas hati, sifat saya masih inkuiri..nak tahu serba serbi, maafkan saya kalau terasa.. almaklumlah hak bersuara..apa yang saya cuba hanyalah pendapat..bukan telahan bukan amanat.. cuma kata-kata untuk saling mengingat.
Atiqah Lott

Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.
Saturday, May 14, 2011
AGAK MEMBOSANKAN
hah.. ewah ewah.. dah lama tak kemaskini blog aku ni.. uish.. ni yang susah kalo dah duduk asrama.. tapi kalo aku kemaskini hari hari pun macam ade follower,.. ( sabo tikah ade tu nanti la...) hari ni a5 mei 2011.. amat bosan .. hari ahad.. pukul 1.55 petang. tak de ape nak buat , buka blog la.. apa lagi. hari ni tak de perkare menarik sangat nak aku huraikan. rutin aku dekat rumah pun manalah ape yang menarik. sekarang pun tengah layan cerite korea.. naughty kiss..best juge cerite ni.. haha ape yang nak aku ceritekan ialah tentang iklan di tv3 yang sekarang tengah tayang tu..iklan terbitan naza.. iklannye bagi aku amat menarik tapi idea yang sama sahaja asyik diketengahkan.. memangla tema buday yang diketengahkan.. tapi cube cari cara penyajiannye tu dengan cara lain daripada yang lain.. ini.. asyik22 tarian.. asyik2 tarian.. tapi nasib baikla alat muzik yang dikaitkan datang menyelamatkan keadaan. sebab ianya sesuatu yang jarang kita lihat. okey aku akui itu.. daripada aku tengh gelak2 ketawe terus terpana (cewah.. ayat tak nak kalah..) dekat depan tv... tapi yang aku tak puas hati dengan iklan terbitan naza ni...ayat selepas iklan yang menggunakan lagu rasa sayang eh ni.. guna bahasa inggeris..anda semua tahu tak.. iklan bertemakan perpaduan.. gabungan budaya kaum yang ada di malaysia.. tarian iban kompang.. gendang cina.. dan macam macam lagi.. tapi ayat selepasnye bahas inggeris.. aku tengok.. panas hati.. memanglah bahas inggeris tu penting.. tapi di mana letak nye kedudukan bahasa melayu jika penggunaannye tidak diperluas terutamanya melibatkan budaya.. perpaduan.. tentulah tak masuk akal.. lepastu.. lulus pula masuk jadi iklan.. kalau aku jadi orang yang dipertanggungjawabkan pun tak mau luluskan.. dah guna bahasa asing.. memang nak kena la..bagaimana perkara sekecil ini boleh terlepas pandang.?? hah?? aku rasa iklan ini ada di tv3 sahaja.. sebab kalau dekat rtm punya pengurusan.. takkan adanya bahasa inggeris.. dwibahasa pun tak akan lepas..aku harap perkara seperti ini tak akan berlaku lagi.. nak buat macammana.. aku hanya mampu berharap.. kuasa di tangan mereka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment