Assalamualaikum..
Selamat Tahun Baharu la ye..
Aceceh... semuanya baharu lah gamaknya....
Pastilah anda sekalian memiliki azam baharu ye dak...
hahahha tak kisahlah... anda ada azam setinggi Burj Khalifa ke pun...
yang pastilah...kasi pasang sampe jadi le ye??
hahhahaha itu kome dan azam kome...
Apa pula AZAM aku??
ehem*
Sebenarnya aku pun tak ada azam yang benar2 khusus..
Cuma apa yang aku cuba praktikkan sekarang adalah untuk membuat persiapan yang rapi dan persediaan yang mencukupi dalam menghadapi STPM penggal ke-2 dan ke-3..
Kerana aku pun tak mampu nak mencapai azam aku ni dalam jangka masa yang sesingkat ini...
iaitu mendapat keputusan yang cemerlang dalam stpm nanti...
Apa yang aku berharap dan aku doa' tiap2 hari adalah untuk membaiki diri aku menjadi lebih baik...
Apa yang aku cuba maksudkan di sini bukannya cuba untuk jadi sempurna kerana setahu aku kita manusia tak mampu nak capai istilah 'SEMPURNA' secara harafiahnya mahupun konseptualnya
cuma... kita sebagai manusia yang memang secara fitrahnya baik .. haruslah cuba untuk menjadi yang lebih baik
tak gitu....(ha...katenye)
hohohoho
Tapi tak guna juga kalau kita tiada pegangan tiang yang kukuh
AGAMA
ya... itulah sebenar2nya...kerana walau sebaik dan sesuci mana pun kita...
hati akan kosong...jika tiada agama yang mengisi...
bukan??
Jadi..'tugas' untuk meneruskan perjuangan kita mencapai azam harian ini..bukannya mudah perjalanannya bukan?
Lantaran itu kita haruslah dengan pertama sekali ....
kembali mencari pegangan tiang kita dahulu...
Kalau dah condong sikit... segeralah tegakkannya..
kalau kita tak tahu dan kurang mengerti ..
carilah dan minta bantuan orang dari sekeliling....itulah gunanya hidup bermasyarakat...
kita hidup bersama ...perlulah harus saling mengingati...
istilah jaga tepi kain orang tidak boleh dipanggil relevan...
kerana kita menjaga manusia di sekeliling kita.... bukan setakat ambil tahu hal ahli keluarga sahaja...
Baiklah... itu cerita tentang azam yang tak pernah habis... bukan habis sebab kita tak mampu mencapainya..
sebab kita kena mencapainya setiap masa...dan mengekalkannya dalam cara istiqamah...
Keduanya...tahun baharu ini membuatkan kita rasa bersemangat...
Rasa semangat kali ini lain sangat kan?
Sebab buku baharu bakal dibuka...buku yang lama elok sahaja dibiarkan tanpa disentuh lagi...
elok disembunyikan daripada pengetahuan orang lain...
Siapa yang tak semangat bila semuanya yang akan kita hadapi baharu-baharu sahaja..??
Ibarat kita akan membuka satu lembaran dan cabaran baharu di hadapan kehidupan kita kelak..
Tapi....kita takkan lah nak buang semuanya kenangan lalu begitu sahaja...
Eloklah kita buat satu semakan ...mana tahu ada benda yang belum dilangsaikan lagi...
contohnya hutang ke?
harga sebuah kemaafan ke??
puasa yang tak ganti lagi ke?? :P
projek terbengkalai ke??
hah... kalau difikir2kan kembali... jika banyak kali kita buat sebegitu tiap2 tahun...
makin banyaklah yang dilengah2kan...ditangguh2kan...
makin bertimbun2 dan tanggungjawab dan kerja kita yang belum terlaksana lagi...
JADI???
bila lagi??
kita mahu selesaikan kerja2 yang terdahulu tu???
takut2..tak sempat je nanti...(nyawa sekarang senang melayang tau?)
Bukan apa... ajal di mana2 akan menjemput kita sama ada dalam sedar kita atau tak..
Dengan tahun baharulah kita cuba membaiki diri untuk mengingati perkara2 yang sudahlah pasti..
(i mean mati)
Perkara keduniaan yang melalaikan dan belum tentu menanti kita di hujung cerita nanti dengan perkara kebaikan.. cubalah ditinggalkan...
Jadi sesiapa yang membaca ini...diharap kembali bersandar..--> tenangkan fikiran-->dan fikirkan kembali maksudku ini
Apa2 pun ...aku menegur ni pun untuk kebaikan aku sendiri dan kalian juga,.Terpulang untuk kalian untuk memikirkan serta menimbangkannya
Aku menulis ni bukan untuk menunjukkan yang aku baik ke apa?? cuma.. untuk menjalankan tugas... Seperti kata aku tadi..
Kita..yang harus saling mengingati bukan??
*Kala menaip teks perenggan di atas...aku tekenangkan kawan aku yang aku kenal di PLKN ...seorang pelajar lulusan sekolah menengah agama yang manis dan baik..dari Dorm 4..dan ketika itu terus aku teringatkan kata2nya
"Kalau nak dengar perkara kebaikan...bukan berdasarkan siapa yang bercakap.. tetapi apa
apa yang diperkatakan"
Waktu ditegur inilah...kita diuji dengan 2 bahagianyakni..
antara peranan akal dan hati...
CONTOH:
kalau kita ditegur dengan perkara kebaikan oleh orang yang kurang berilmu...dan ternyata apa yang kita lakukan itu kurang tepat...
waktu itu ada 2 pilihan cara untuk memberi respon yang bakal kita mungkin lakukan salah satunya..
1. kita ikut kata hati dengan mempertikaikan pangkat dan darjahnya apakah dia layak menegur kita?dan
menyentap bahawa mereka yang menegur ni bukannya sempurna..
2. kita akan ikut kata akal. Walaupun ketika itu perasaan amarah(kalau ada) sedang bergelora dalam hati..
tetapi kita mampu membuang ego dek kerana ditegur oleh orang yang kurang bijak daripada kita..
Kerana kita memikirkan rasional di sebalik kata2 nya dan sekaligus kembali refleks dengan perbuatan
salah yang kita lakukan..
Oleh itu..
Sesungguhnya... buatlah pilihan yang bijak dan rasional kerana jalan yang kita pilih bukanlah untuk kebaikan kita sahaja..
tetapi untuk kebaikan orang lain juga teutamanya yang bakal hidup pada masa muka...
Dan yang terakhir sekali.. perkara yang cukup sinonim sekali dengan tahun baharu ialah...kita hidup dengan angka usia yang baharu...
Usia yang meningkat memang tak lari dari manusia bila menjelangnya tahun baharu..
Ada sesetengah orang santa takut apabila umur mereka mula menginjak pada angka yang lebih besar..terutamanya golongan wanita..
YA...dan ye sudahlah pasti...
Dah banyak produk kecantikan yang dikatakan mampu menghalang kedutan2 di wajah...
menegangkan kulit wajah yang mula longgar.
Dan tak cukup dengan itu suntikan botoks mula menghantui para wanita di luar sana yang ingin tampil cantik dan berseri walaupun usia makin meningkat..
.Soalnya...kenapa harus takut?
Adakah anda takut yang dengan muka yang tak tegang ni lagi
dan tak mampu menarik perhatian pasangan anda??
Ahhhh mengarut...Mereka mahukan kebaikan anda bukan kecantikan wajah anda...
Di sini aku bukan hendak mempertikaikan kecantikan itu bukanlah kegemaran fitrah manusia...
tetapi... menjadi tua juga merupakan fitrah kita..(melainkan mati muda)
ala... bila lagi mahu merasai keseronokan apabila kedutan di wajah mula timbul...
Jika setakat mahu membuang daki2 yang ada... tak mengapa..sebab niat hanya untuk menyegarkan muka..
tetapi jika sanggup berhabis wang demi sedetik suntikan...dan seterusnya kadangkala boleh mengubah kejadian ciptaan Pencipta kita..
Astaghfirullah..
Sesungguhnya... menjadi tua tidak ada yang cacatnya... kerana jika kita mengejar kecantikan luaran itu yang tidak kekal lama..kadangkala..niat kita boleh tertukar ..hanya sekadar untuk berhibur dan memanjakan diri sendiri...bertukar kepada..ingin mendapatkan pujian orang ramai.. seperti..
"eh..kau umur 47 tahun pun nampak macam 23 tahun..."
dan dalam hati...
' hahahhaha memanglah...orang cantik..'
daripada cuba menyibukkan diri untuk bergaya di khalayak.. apa kata anda cuba bergaya di hadapan Allah dengan amal ibadah anda...Lagilah penuh barakah.... dan apa yang aku dengar..solekan terbaik adalah daripada air wudhu' kita...
Siapa tak nak?
Jangan takut tua...Bila di akhirat langsung tiada yang tua mereka bertukar menjadi muda...
Jangan leka dengan perkara duniawi... Bila di akhirat tiada bekalan untuk ditimbang di neraca-Nya..
Sekian dahulu entri kali ini...
cukuplah rasanya
#Niat di hati bukan untuk mengajar.. tetapi berkongsi dengan wajar
#Ilmu di jiwa bukannya cukup untuk menegur cuma sedikit peringatan buat yang tidur..
Apa yang aku titipkan sedikit buat kalian...
Tahun baharu bukan sekadar apa yang tersemat dalam sanubari
bukan setakat azam baharu
Jelasnya,...itu semua perlu..
namun rutin yang hak pada tahun lepas eloklah dikendong..
kerana.. nak mencapai hari yang lebih baik daripada semalam..dan hari esok yang lebih bagus daripada hari ini..memerlukan amalan baik kita yang lalu...
Assalamualaikum...
Peace no war!!
sekali lagi..
SELAMAT TAHUN BAHARU 2013
semoga anda semua beroleh rahmat-Nya..
AWAK ! JUST WANNA WISH YOU, GUDLUCK YOU PUNYA EXAM ! HOPE SEMANGAT BLAJAR BARU AKAN SAMPAI KE HUJUNG TAHUN . IMISSYOU :*
ReplyDeletetrimas Anis Dayana.. hehhehe anda juga sama... good luck for this semester exam and the next too... Semoga anda sentiasa diberkati Allah... Selamat Tahun Baharu!!
ReplyDelete