Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Friday, September 18, 2015

Pengalaman Ditemuduga Untuk Sarjana Muda Ekonomi UM

Assalamualaikum.

Sudah lama juga aku tak menulis dalam blog aku ini.

Memang lama.




Sebenarnya aku mahu berkongsi pengalaman ketika ditemuduga untuk kursus Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya. Aku teringin jugalah berkongsi pengalaman dan tips-tips serta contoh-contoh soalan yang diajukan kepadaku. Kenapa aku tiba-tiba nak kemaskini blog aku dan tulis entri tentang tajuk ini?

Kerana boleh dikatakan ketika minggu-minggu penghujung yang menghampiri minggu peperiksaan yang lepas, aku ada berjalan untuk ke kelas pada waktu petang. Waktu itu, mata aku tertancap pada sekumpulan orang yang sedang berkumpul di hadapan salah sebuah dewan kuliah Fakulti Sastera dan Sains Sosial. (Sememangnya untuk aku ke fakultiku, laluanku harus melepasi beberapa fakulti.)


Lalu, aku berfikir sejenak tentang sebab mereka berkumpul itu. Setelah beberapa saat berfikir, barulah aku dapat mengerti bahawa minggu itulah minggu yang sibuk bagi para pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma mahupun yang setaraf..


Kerana bagi mereka yang memohon program-program Sarjana Muda di UM yang memerlukan mereka untuk ditemuduga, minggu itulah minggu temuduga Universiti Malaya.

Rasanya semua orang sudah sedia maklum dengan salah satu syarat khas kemasukan untuk melanjutkan pelajaran ke UM. Selain daripada memiliki keputusan yang baik, calon yang ingin belajar di universiti ini,  harus menhgadiri temuduga terlebih dahulu. Bermula dengan batch sebelum aku, UM sudah pun mewajibkan temuduga untuk setiap program yang ditawarkan. Kalau sebelum ini hanya program macam Undang-Undang, Sains Sukan dan Perubatan sahaja yang dikenakan temuduga. Tetapi sekarang jika kau nak masuk program Ekonomi ke, Media ke, Pengajian Asia Tenggara ke,Bahasa Melayu ke, semua tu kau harus lepasi temuduga terlebih dulu.

Sebenarnya, selepas aku habis STPM, aku baru sahaja tahu yang program-program Sarjana Muda di UM ada temuduga.

Berdebar itu sudah pasti.

Tapi tak mengapa. Sebab aku fikirkan aku ingin dapatkan ilmu dan aku juga teringin untuk dapatkan ilmu peringkat tertier aku di institusi pendidikan yang terbaik, lalu aku pun tanpa segan silunya, memohon program Sarjana Muda Ekonomi UM sebagai pilihan pertama. Pilihan kedua aku masih lagi Sarjana Muda Ekonomi tetapi di UKM. Ketiga pula ialah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur di UM dan Sarjana Muda Sains Politik di UKM. Semua ini memang ada kena mengena jugalah dengan minat aku.

Ya, seperti aku kata tadi, aku berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini kerana minat aku yang bercambah terhadap ekonomi semenjak mempelajarinya di bangku Tingkatan 6 lagi. Jadi, apa yang aku lakukan ketika itu adalah dengan mencari peluang untuk mendapatkan ilmu di salah sebuah universiti terbaik. Sebenarnya, aku tak kisah pun jikalau dapat peluang untuk ke universiti lain. Mana-mana pun. rezeki kata orang.

Tetapi ada juga yang berkata di UM, banyak juga diadakan aktiviti-aktiviti yang boleh membuat aku belajar perkara baharu. Itulah juga antara tujuan yang menaikkan semangat aku untuk memohon program di UM. Tetapi sekali lagi ingin aku tekankan. Aku tidak kisah jika universiti itu yang tidak aku peroleh.

Sudah banyak aku kisahkan hal-hal aku.
Sekarang aku mahu beritahu perkara berkaitan pengalaman yang aku peroleh sewaktu aku ditemuduga untuk kemasukan program Sarjana Muda Ekonomi sesi 2014/2015.

Aku mula menerima surat lebih kurang pertengahan bulan Mei 2014. Aku sedang dalam waktu bekerja semasa aku ingin menyemak jawapan bagi hebahan panggilan temuduga. Dan ya, aku antara yang tersenarai untuk ditemuduga.

Tarikh aku ditemuduga adalah pada 25 Mei 2014. Hari Ahad, 
Disebabkan aku memang memohon untuk ditemuduga di zon tengah, maka pusat temuduga aku adalah di UM sendiri. Fakulti Undang-Undang.

Aku ke Kuala Lumpur dengan menaiki tren ETS dari Ipoh. Beli tiket hari Sabtu. Sejurus selepas aku habis bekerja. Memang tiada siapa yang pergi menemani aku. Sampai sana, kakak aku yang pertama, Kak Long sudah menanti aku untuk dihantar ke kediaman kakak aku yang kedua, Kak Nyah di Seri Kembangan. Mudah sikit. Kerana kakak aku yang pertama menyewa rumah. Yang kakak kedua sudah berkahwin. Ada ruang untuk aku berehat kerana esok paginya awal-awal pagi lagi aku harus ke UM. Jika lambat, lambatlah aku ditemuduga. Maka lambatlah aku habis. 

Bagaimana perancangan perjalanan aku?

Inilah nasihat pertama. Kalian kalau ingin ditemuduga, jangan buat perancangannya sudah terlalu lewat. Kalau jaraknya jauh contohnya seperti aku yang dari Ipoh ke Kuala Lumpur, rancang perjalanan itu semenjak awal lagi. Jangan macam aku. Tiket aku ke Kuala Lumpur adalah pada jam 6.00 petang. Sampai sudah 8.30 malam. Makan-makan pun sudah memakan masa sehingga jam 9.45 malam. Usai kesemua urusan di luar barulah sampai Seri Kembangan. Itupun jam sudah mengunjukkan pukul 10.15 malam. 

Akhirnya, aku dapat berehat yang sebenar-benar pada lebih kurang 10.30 malam. Penat. Semua ada.Tapi antara sebabnya aku beli tiket jam 6.00 petang adalah kerana aku fikirkan kerja aku akan habis dalam jam 4.00 petang. Sedangkan, jam 12.30 tengahari aku sudah boleh keluar. Kerja hari Sabtulah katakan.


 Bagaimana persiapan aku?

Aku sekadar buat sedikit ulangkaji sahaja. Yalah.. Kau bukan tahu pun apa jenis soalan yang akan dia tanya. Ye dak?

Aku tidak banyak merujuk buku-buku teks yang berkaitan dengan Ekonomi pun. Sekadar selak-selak untuk tahu apa yang boleh jadi untuk ditanya. Tetapi masih, aku tiada idea. Sebelum itu, ada jugalah dengan tiada rasa malu-malu untuk menambah rakan di FB yang sudah menjadi mahasiswi di UM dalam bidang Ekonomi yang pernah ditemuduga sebelum ini. Tetapi tak berkesempatan sebab dia pun sedang sibuk dengan tugasannya dan persiapan dia nak menghadapi peperiksaan. Rasa macam tak baik pula mengganggu.

Dalam masa beberapa minggu sebelum aku ditemuduga, kawan aku buat satu kumpulan di FB bagi sesiapa yang namanya dipanggil untuk temuduga UM. Seronok aku bukan kepalang kerana ramai rakan-rakan sekolahku dipanggil untuk temuduga juga. Jadi macam meriah juga. Kawan-kawan yang aku tak pernah kenal pun ada.  Kami banyak berkongsi ilmu, dan sedikit sebanyak tentang isu-isu semasa.

Di kala ini jugalah kami cuba kumpulkan kesemuanya menjadi kompilasi untuk kita cuba fahami dan seboleh-bolehnya boleh memberi sedikit sebanyak buah bicara tentangnya.

Semuanya kami lakukan atas nama isu-isu semasa pastinya akan ditanya banyak dalam soalan temuduga nanti. Nampak macam kelakarlah juga. Sebelum ini ada yang tak pernah nak kisah tentang keluarga Sinawatra di Thailand tetapi sekarang ramai pula penganalisis politik yang membuka mulut berkaitan kes ini. Apa-apa pun, aku sangat suka ketika perbincangan ilmiah ini dijalankan. Serius. Aku sangat menikmatinya. Sesungguhnya perbincangan sebeginilah yang lebih banyak kita lakukan. Banyak informasi boleh dikongsi bersama.

Ketika itu juga, sibuk orang berkata tentang kehilangan MH370. Itulah isu semasa yang boleh dikatakan panas lagi. Kami pun membuat andaian tentang isu tu yang berpotensi untuk ditanya oleh para panel. Ada juga sentuh sikit tentang pergolakan politik dan perubahan sistem politik yang berlaku di Thailand.

Apa yang aku buat malam itu? 

Aku tak banyak menelaah malam tu. Akhbar-akhbar yang aku sudah beli dalam beberapa hari sebelum turut kubawa untuk rujukan yang lebih lanjut terutamanya dalam bahagian Ekonomi. Mana tahu, soalan-soalan yang direka pun lebih berkisarkan tentang isu-isu dalam suratkhabar?
Yang selebihnya, aku hanya berdoa dan tawakkal sahaja. Selepas persiapan serba ringkas yang aku lakukan, aku hanya berserah sahaja kepada Tuhan. Apa yang penting, aku dapat lepasi temuduga ini bukan sekadar untuk belajar di UM sahaja, malahan juga disebabkan aku juga ingin menimba pengalaman baharu.

Ya, benar. Jikalau aku tak pergi, bagaimana pula aku nak ceritakan pada kalian. 



Soalan temuduga aku

Aku telah ditemuduga dalam bilik bernombor 5. Disebabkan aku antara calon yang datang agak lewat, maka akulah orang yang kedua terakhir ditemuduga untuk bilik ini..
(dan rasanya antara orang yang terakhir).
 Calon-calon sebelumku  ada yang mengambil masa yang lama untuk ditemuduga dan ada juga yang sebentar sahaja.

 Untuk kumpulan aku, kebanyakannya yang datang adalah untuk program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan hanya seorang sahaja untuk kursus Sarjana Muda Perakaunan. Tiba masa giliran aku. Aku mengetuk pintu dan lantas memberi  salam. Pintu dikuak dan di dalamnya, ialah sorang lelaki dalam pertengahan 40an. Duduk di tengahnya pula merupakan perempuan Melayu. Nampak muda dan elegan tetapi kelihatannya sudah melewati usia awal 40an dan di sebelahnya pula seorang wanita Cina bersama raut wajah yang lebih tegas tetapi masih mengukir senyuman.

Mereka mempersilakan aku untuk duduk dan aku hanya menurut kata-katanya. Tangan aku segera menyusun fail di hadapan mereka. Kedudukanku tegakkan sesegak yang boleh. 
(oleh kerana aku agak membongkok sedikit)
Dengan lagak sofitikatednya wanita Melayu itu memperkenalkan seorang demi seorang yang menjadi penemuduga aku. Beliau adalah dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran manakala yang lelaki itu pula dari Fakulti Undang-Undang dan wanita berbangsa Cina itu pula dari Fakulti Pentadbiran Perniagaan dan Perakaunan. Seterusnya, temudugaku bermula. Mereka mula meminta aku memperkenalkan diri dan bahasa yang digunakan adalah dalam bahasa inggeris.


 "Tell me about Yourself".
Raut wajahku terus berubah. Ya. Terus berubah. Bukan kerana apa. Kerana aku jangkakan yang soalanku diajukan dengan menggunakan Bahasa Melayu, namun Bahasa Inggeris yang digunakan.
Maka, aku dengan kurang persediaan dari segi penguasaan Bahasa Inggerisnya mula menyusun atur jawapan serapi mungkin untuk soalan pertama yang diajukan.

Seterusnya, barulah soalan-soalan berbaur ekonomi dajukan. Berikut merupakan antara soalan-soalan yang aku rasa aku masih ingat.

  1.  What are your choices for the economics as this course has many choices to be chose. like political economics, admin econ, statistics bla bla etc.
  2. Why did you choose those choices?
  3. Why do you prefer to further your studies in economics as i see you love to write .. you can be a journalist or maybe a writer.(Kerana salah seorang daripada mereka telah menyelusuri beberapa sijil aku yang kebanyakan minat aku lebih ke arah seni dan sastera)
  4. What do you think about our country's economics situation in the future .. is it going to boom or bust
  5. During the 1997 economic crisis, is it a good idea from the Prime Minister to make the pegging for the currency.
  6. What is your opinion if the gold is replacing the currency of our country.
  7. What are the dangers between the connection from the politics to the economics.
  8. Do we (the country) really have to depend for the foreign workers in our country?
  9. (Dan ada lagi soalan yang aku tak berapa nak ingat. dan kebanyakannya aku jawab memang gagap. macam apa je.. dan memang aku merapu di hadapan mereka. macam faham sahaja aku gugup. GDP dalam bahasa inggeris aku bantai dalam bahasa melayu.. KDNK. Choi..Kah. sekian.)

Jadi, inilah antara beberapa soalan-soalan yang dikemukakan ketika aku ditemuduga untuk kursus Sarjana Muda ini. Dan akhirnya, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, aku berjaya melanjutkan pelajaran aku dalam  bidang ini di universiti yang sama aku ditemuduga. 

Jika pada sesiapa yang menerima mana-mana tawaran mahupun panggilan bagi menghadiri sebarang temuduga untuk kursus-kursus Sarjana Muda dari mana-mana univeristi pun, aku nasihatkan, cubalah untuk pergi. Jangan sekali-kali rasa untuk takut dengan temuduga. Apa yang kita bakal rugi pun kalau kita tolak. Malah, satu nilai tambah juga jika kita menghadirinya. Gagal untuk menempatkan diri ke peluang seterusnya itu merupakan perkara kedua. Yang penting, pemikiran kamu itu supaya jangan jadi penakut bila sebenarnya kita sudah sampai di usia yang penakut itu merupakan perkara yang mustahil. Senang kata 'bullshit'. Sudah tidak relevan kalau kau kata kau takut dengan bahasa yang digunakan contohnya Bahasa Inggeris. 

Masalah bahasa pun aku lalui juga seperti yang aku ceritakan di atas.
Aku pun bukanlah mahir sangat berbahasa Inggeris terutamanya bila ingin berbicara dengan ramai orang. Tetapi kadangkala, gugup dan kekangan kemahiran bahasa asing ini dapat diatasi jika kamu sentiasa yakin. Dan mestilah disertai dengan usaha juga. Selalukan membaca wacana-wacana yang menggunakan medium dalam Bahasa Inggeris. Mudah-mudahan Tuhan sentiasa membantu usaha kita. Aku takkan sentuhlah bab tawakkal. Itu kerja semua orang pun tahu.

Oh ya, juga harus diingat.. Soalan yang bakal diajukan tidaklah sama untuk kalian jika kalian mendapat panggilan untuk ditemuduga. Aku tulis ini sekadar untuk membantu kalian mendapatkan sedikit tips jika kalian tiada idea berkenaan soalan-soalan yang bakal ditanya, ataupun persiapan dan sebarang persediaan  yang kalian boleh lakukan untuk menghadapi hari temuduga kalian. 

Dan seperkara lagi, soalan-soalan yang diajukan pun bukan mahu sangat menilai kebijaksanaan dan pengetahuan kukuh kalian berkaitan bidang soalan yang disoal pun. (Jika ya pun itu sebenarnya satu bonus). Selalunya, mereka ingin melihat bagaimana kalian menjawab soalan itu dengan penuh keyakinan dan bagaimana baiknya kemahiran berkomunikasi kalian. Yang lain-lain itu, tidak pasti apakah kriteria yang bakal diuji lagi.

Dan lagi satu, sarananku, sentiasalah cuba untuk buat keputusan atau pilihan yang terbaik dalam satu-satu perkara. Mungkin bagi ramai orang, minat itu perkara kedua, tetapi jika kamu rasa minat itu satu kriteria utama dalam pemilihan keputusanmu, ikut sahaja caramu. Orang lain cara orang lain. Kamu ikut kamu punya. Kerana, di akhir nanti, kamu yang bakal menghadapi lepas apa yang kamu pilih.

Rasanya itu sahaja yang boleh aku kongsikan. Maka, jika kamu ingin jadikan tulisan kali ini sebagai satu garis panduan rasmi, padamlah niat itu. Tulisan ini sekadar untuk membantu serba sedikit sahaja. 

Moga-moga semangat untuk kita belajar tidak pernah padam. Dan mudah-mudahan Tuhan itu sentiasa impahkan berkat-Nya kepada kita yang mahu sentiasa tempa ilmu.

Mudah-mudahan, kawan.
Tinggal.
Cheerio. 

44 comments:

  1. Salam. Sya nk tanya. Bagaimana pengalaman semasa belajar ekonomi di um.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana lambat balas. Banyak juga yang nak dikongsikan. Kamu sudah sambung belajarkah? Jika mahu, saya boleh email pada kamu.

      Delete
    2. Salam. Boleh kongsikan pengalaman belajar ekonomi dan banyak ke aktiviti atau program berkaitan ekonomi yang dijalankan di UM? Jika tak keberatan boleh email di ijahzaini96@gmail.com terima kasih

      Delete
    3. Maaf, kerana lambat membalas. Okay.. nanti saya akan kongsikan juga. Tapi untuk sekarang ni saya agak sibuk nanti saya ada masa saya balas. Ada banyak sebenarnya. Insya Allah.

      Delete
  2. salam, ada nak kena bawak apa apa tak time interwiew tu ? cthnya sijil2 ke ?

    ReplyDelete
  3. salam, ada nak kena bawak apa apa tak time interwiew tu ? cthnya sijil2 ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, maaf kerana lambat menjawab soalan. Sijil pun kena bawa juga. Kalau saya, saya bawa terus semua sijil dari Sekolah Rendah sehinggalah peringkat saya STPM. Tapi, mengikut pengalaman, pensyarah yang menemuduga tak tengok sangat sijil. Cuma ada seorang itu adalah juga menelusuri sijil saya. Itupun peringkat ketika di Sekolah Menengah sahaja. Sikit saja pun. Nasihat saya, bawa saja segalanya untuk persiapan. Kadangkala, mereka tengok sijil untuk 'spark' soalan-soalan lanjut yang mereka ingin tanya. Sebenarnya, mereka nak tengok keyakinan kita dan bagaimana persiapan kita. Sentiasa senyum dan bertingkah baik.

      Delete
  4. Asalam , ďkt um kursu ekonomi bljr dlm bahasa melayu atau english

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, di UM, kursus kebanyakannya memang dijalankan dalam bahasa Inggeris. Hanya 1 atau 2 subjek sahaja yang menggunakan Bahasa Melayu. :)

      Delete
  5. assalam hi. sy nak tanya berapa pointer cgpa awk masa stpm ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. maaf kerana lambat menjawab. Pointer CGPA biasa saja. 3.75.

      Delete
  6. Replies
    1. Hai.. maaf kerana lambat membalas. Sebab sekarang musim peperiksaan. Tak ada ujian bertulis.

      Delete
  7. Replies
    1. Untuk temuduga tak ada sebarang sijil yang pihak universiti wajibkan untuk bawa. Tetapi lebih baik bawa semuanya. Sijil yang saya bawa semuanya sijil aktiviti dan peperiksaan sepanjang di sekolah rendh dan menengah.

      Delete
  8. Assalamualaikum. Hai... Betul ke semua program sarjana muda di UM ada temuduga? Ijazah sarjana muda ekonomi ada temuduga jgk ke? Saya tengok program ijazah ekonomi tu tak ada tanda hashtag (#) pun. Kalau program takde hashtag bukan ke tak ade temuduga? Confuse jap. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maaf kerana lambat kerana sekarang saya sedang menhadapi musim peperiksaan. Untuk UM sekarang untuk program Ijazah Sarjana muda kebanyakannya seperti Ekonomi sendiri sudah tiada temuduga. Kiranya betullah tu. Tiada tanda hashtag maksudnya tak ada temuduga. Start tahun lepas lagi dah tak ada temuduga.

      Delete
  9. assalam akak. Hee saya pun nak dengar akak kongsi pengalaman study eko di UM boleh? maaf mengganggu kalau free email saya, boleh? ni email saya. fakhiwanismail@gmail.com thank u! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, nanti saya akan hantar emel dalam bentuk pdf mungkin tentang apa yang saya dah lalui di sini. Exam saya dah hampir habis. Habis exam, saya akan cuba hantar emel dalam masa terdekat. Insya Allah.

      Delete
  10. Macam mana nak tahu kita lepas iv tu ? Check time result upu keluar ke cena ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk temuduga, pastikan dahulu kursus yang kita dah pohon tu mempunyai syarat yang kita kena lepasi ujian temuduga atau tak, dan lepas tu sentiasa ikuti jadual dari MOHE bila yang akan kita kena temuduganya. Sila ikuti page facebook macam ni https://www.facebook.com/nationalvarsityguidance/ atau paling official, https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/?hc_ref=SEARCH&fref=nf

      Delete
  11. Macam mana nak tahu kita lepas iv tu ? Check time result upu keluar ke cena ?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Kalau tak keberatan boleh tak kongskan pengalaman belajar econs di UM. Boleh email dia samsulayoi13@gmail.com . Terima kasih bnyak bnyak ye.

    ReplyDelete
  13. Salam .apa peluang kerjaya kelas tamat pengajian ijazah ekonomi ya ? Pelajar akan dibantu utk Cari kerja or depends dgn diri sendiri?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum akak, saya nak tanya tentang pengajian Ekonomi akak di UM boleh? ne email saya izatiadenan1@gmailcom .
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  15. Asalamualaikum kak, saya nak tanya tentang pengajian Ekonomi kak kat um boleh tak? Saya serta kan email saya najihanatgeo297@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..akak boleh tak akak ceritakan tentang pengalaman akak belajar di um dalam ekonomi..subjek apa yg akak blajar dlm bidang ekonomi ni dan apa bidang kerjaya yg kita bleh masuk dlm bidang ni?? Ni Saya dh sertakan skali email saya farahanikhairi2498@gmail.com
    Thanks akak😊

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Hai, buat yang tanya pengalaman tu, nanti saya hantarkan entri baru khas untuk pengalaman saya sepanjang hampir 4 tahun di sini.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum kak, saya pun nak dgr pengalaman akak sepanjang belajar di um ni, ni email saya syazreen251@gmail.com, terima kasih :)

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. ceritakan tentang pengalaman akak belajar di um dalam ekonomi..subjek apa yg akak blajar dlm bidang ekonomi ni dan apa bidang kerjaya yg kita bleh masuk dlm bidang ni?? Ni Saya dh sertakan skali email saya amiraamirudin069@gmail.com.. thank akak😀

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. salam kak saya nk tau pengalaman akak di um jurusan ekonomi dan ade tak kwn akak yg pointernya hanya 3.2 utk masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ! nk tanya awk stpm 2018 eh ? and minat nk ambik eko dkt um ?

      Delete
  25. ni email saya muhdn94@gmail.com

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum kak, boleh kongsi pengalaman akak belajar ekonomi di um?. Saya brminat utk apply course ni di um. belajar macam mana? presentation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis tolong bg tiops ckit ya..utk any presentation..lebihkan pd kreativiti dn slide jgn trllau banyak ayat ..cukup point point then ade rajah or gmbr ...buatkan ia nampak menarik dn tidak membosankan..itu yg penting dn be prepared utk topik..sekian tips..

      Delete
  27. hai...realy nice blog ..saja jalan sini..btw..akak nk share info jika ade adik2 yg brminat utk tau psl program PAKK upsi ..bole wsp trus 011-16930576 akak bg info menarik..wsp la.

    ReplyDelete
  28. hai dan assalamualaikum.. saya nak tanya untuk kos sarjana muda ekonomi ni belajar tentang apa ye. boleh jelaskan tak? and apa program2 yang dijalankan di universiti ni. kalau tidak keberatan boleh email saya ye useone27@gmail.com

    ReplyDelete
  29. hi, kalau takde basic addmath. sepanjang belajar. susah tak?

    ReplyDelete
  30. Hii nak tanya, akak amik subjek apa ya utk STPM?

    ReplyDelete