Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Wednesday, March 14, 2018

POHON MAAF!

Hai Assalamualaikum.

Memang sudah lama betul tak menjengah blog. Rasanya kalau blog aku ini ialah sebuah rumah, mesti sudah bersawang dan banyak penunggu. Tak kisahlah binatang berbisa atau makhluk ghaib. Kah!


Tahun 2018 sudah menjengah.

Makna katanya sudah bertahun-tahun pejam celik pejam celik, perjalanan pengajian Sarjana Muda Ekonomi aku di Universiti Malaya akan menemui garisan penamat. Insya Allah, jika Tuhan permudahkan, bergraduasilah juga aku bulan Oktober ini. Sudah hampir 4 tahun jugalah aku bergelumang dan bertarung dengan segala yang aku hadapi di UM ini. Tak kiralah.. Peperiksaan? Kuiz? Program? Makan Malam Mewah? Politik Kampus? hahaha. Katakan saja! Apa saja yang aku tak pernah saksikan dan rasai sendiri.Serasa aku, seperti semalam sahaja aku baru masuk berhadapan dengan orientasi bangang  MHS sesi 2014/2015.

Gambar waktu tahun pertama!


Sebenarnya, aku rasa komitmen aku untuk menulis blog sudah tidak semarak dahulu. Jika dahulu banyak idea dan pemikiran menyinggah minda, maka dengan mudahnya terzahirlah menerusi entri-entri aku di blog ini. Walaupun masih kandungannya tidak sematang sekarang (matang ke masalahnya sekarang ni?), namun masih aku puji semangat dan integriti menulis serta sifat bertangguh yang tidak mencambah semenjak 10 tahun yang lalu. Waktu itu aku Tingkatan 2. Kemaruk jugalah sebab baru tahu apa itu blog dan kemudahan medium untuk menulis dalam internet.

Puas aku cari mana semangat menulis seperti dahulu, namun tidak juga aku temui terutamanya di celah-celah kesibukan yang makin merobek masa dan ruang ketika di bangku varsiti ini. Ah, alasan! Orang malas memang banyak alasannya!

Oleh itu, aku nak menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa yang pernah menulis komentar di ruangan komen di entri aku ini. Ramai yang bertanyakan sama ada aku dapat menghantar kisah dan coretan pengalaman aku sepanjang menimba ilmu di varsiti di tengah kota metropolitan ini. Namun, hanya janji manis sahaja yang boleh aku tabur dan baja. Tebunya tidak jua aku mampu keluarkan. Tidak terhantar pun emelnya. Namun, apalah yang aku mampu lakukan. Pengalaman apa yang aku nak kongsikan?

Banyak sangat! Rasanya tak cukup satu entri. Jika perlukan aku untuk rampaikan dalam satu blog, tidak boleh juga. Aku ini sifatnya, deskriptif. Tak boleh untuk aku ringkaskan sedangkan pengalaman berharga tak boleh sekadar dikongsi begitu sahaja. Perlu ada tambahan rasa, jiwa dan perspektif! Kah!

Lagi satu, ingin aku khabarkan bahawa aku tidak pernah mendapat sebegini banyak komen tentang entri aku berkaitan pengalaman aku ditemuduga untuk Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya. Jadi, aku memang tak berapa nak mahir dengan meladeni komen-komen yang muncul di blog aku tempoh hari. Haha. Seriuslah, dengan tak terlawatnya blog aku lagi.. Aku dapati trafik blog aku naik dengan mendadak hanya untuk entri tentang pengalaman aku ditemuduga untuk jurusan ekonomi sahaja. Taklah, tak bangga pun. Aku bersyukur malahan. Dapat membantu orang yang memerlukan. Kendatipun menerusi tulisan dalam blog!

Tetapi, satu perkara juga ingin aku titipkan. Program Sarjana Muda Ekonomi di UM tidak lagi memerlukan kita untuk wajib lulus temuduga kalau kita memohonnya. Jadi jangan risau, ya! Rasanya tak lagi relevan pun entri aku tu. Kecualilah jika kalian mahu jadikannya sebagai rujukan.

Untuk aku berikan pautan berkaitan Syarat Kemasukan ke Kursus-kursus tertentu, tak berjumpa pula dengan versi yang terkini. Yang ada pada aku hanyalah versi 'hardcopy' sahaja. Kalau begitu cuba ke pautan di sini, dan cuba tanya dengan pegawai Bahagian Kemasukan UM, kalau kalau ada pautan dalam bentuk virtual yakni pautan di Internet dengan akses yang mudah, lebih baik dan terkini.

Manakala, untuk maklumat lebih lanjut berkenaan subjek di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, boleh ke pautan prospektus ini.

Kalau nak cuba untuk pautan ini pun boleh. Untuk maklumat lanjut secara khusus berkaitan Sarjana Muda Ekonomi.

Baiklah! Aku rasa biarlah aku menghentikan entri kali ini di sini. Untuk yang akan datang, aku sedang menulis berkaitan pengalaman ketika aku berada di UM (secara khususnya di fakulti akulah). Lebih mudah jika ada yang sedang mencari pengalaman ketika di Universiti Malaya.


Bye Bye


Salam.

Tinggal.

Sang Atiqah.
98.




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tolong ceritakan penagalaman sepanjang belajar ekonomi di um.

    ReplyDelete