Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Monday, June 25, 2012

PLKN - 1 Januari 2012 -- 17 Mac 2012

Assalamualaikum pembuka bicara, wah... sudah lame gamaknye tak menaip dan berblogging ni..Almaklumlah... aku ni kan baru sahaja menamatkan latihan khidmat negara.. hahah habis tu bangga? BANGGA... tak da lah nak rasa macam tu.. buat ape kan? orang lain dah rase macam2.. aku pulak siri 9 lagi..lama...muahahahaok tak payah nak cerita lebih2 sangat lah kan?? hahah

biar la aku bagi gambar sikit kan..Bosan asyik cerite je.. hmm plkn aku ni  di Sungai Bakap, Pulau Pinang.. tapi tak la dikatakan Penang sangat sebabnye kawasan sempadan dengan Kulim Kedah.. hahah jadi nak kate Kedah pun ye.. Penang pun boleh.. pilih saja na.. (amboih.. loghat utagha dah mai dah).. hohoho

hahha waktu ni nak berlatih persembahan...(aku la depan tu hihi *=*)


company charlie si semut!!!hurghhhhh!!(Joey sixx di situ!!)

the night of the malam ikatan kasih kalau tak silap aku.. hahah KOMANDAN KEM DOH!!!
time nak menembak..( bukan aku yang pasti nyer)

disebabkan aku tak banyak dalam gambar.. yelah dalam kem, aku ni agak malas nak jadik gila lensa(bajet..).. bukan macam kat sekolah aku .. asal ade kamere je dipetik pasti cepat sahaja muka aku pose depan kamera.. tak kire la siapa punya pun..
hahaha

Dan perkara paling pertama sekali yang aku belajar ialah.. JANGAN  nilai seseorang itu dengan cepat ketika kali pertama kita berjumpa.. Ala.. senang cerita kalau dalam bahasa omputihnye la.. Don't judge a book by its cover.. ha... kan?? tulah nampak macam klise je ayat ni.. tapi itulah perkara yang sangat aku aware  kan sekarang ni.. huhu 
Dahulunya perangai sikap aku ni jenis suka bajet yang hebat la.. sebab aku ni berasal dari sekolah yang hebat jugala.. tapi tak lah nak kata hebat sangat pun.. Jadi perangai aku bila di hadapan orang lain, aku akan menunjukkan kehebatan aku yang belajar di salah sebuah sekolah yang hebat di Ipoh jadi nak tunjuk lah IAM THE ONE.FROM. THE MOST OUTSTANDING SCHOOL STUDENT la..(ini perangai budak takbur.. jangan jadikan tauladan)

So nak nampak la keberhasilan mendidik salah sorang pelajar sekolah yang terbaik ni..Aku pun bajet la hebat. Kalian tahu ke yang aku ni sekolah mana dahulu? hahaha meh sini aku kasi tau.. RPS..IPOH~Royal Princess School (SMK RAJA PEREMPUAN)ipoh.. hahaha.. dekat dengan area airport Ipoh yang terbiar...

Jadi, ceritanya ialah aku seringkali memandang rendah terhadap kemampuan orang lain, cewah dalam bahase omputeh nye lagi.. hahah UNDERESTIMATE  le.. tak habis2 aku nak guna bahasa inggerisnye.. tak pelah.. 

Then, perangai itu aku terbawa2 sampai lah ke plkn ni..bahahah memang tak lah.. sebab aku fikir kawan2 plkn ni tak sporting.. tak gile2 tak layan sangat aku yang memang jenis nak kacau orang.
tapi alih-alih mereka start tegur aku,, aku tak memandang rendah terhadap rendah secara terang sebenarnye..
aku melakukannya demikian dalam diam.. sebab aku tak fikir mereka ni jenis melayan kerenah budak tak matang seperti aku.. terutamanya kawan2 dorm 3 dan bravo wirawati!! syabas kalian!! keran membuka mata aku tentang bahayanya menilai seseorang tu terlalu cepat.. terutamanya dari aspek negatif amnya, dari aspek sikap khasnya!
hahahha

Jadi.. seperti biasa hidup aku pun berjalan dengan girangnya selepas apa yang aku pelajari di sini.. dan lagi satu apa yang aku ambil pengajaran dari kem tersebut sebagai tauladan,.. janganlah jangkakan apa-apa yang daripada teman kita seperti yang kita mahukan.. sebab bukan semua berfikiran seperti kita.. Di sana bukan untuk menunjukkan kemahiran mahupun keterroran kita tetapi bagaimana untuk kita  bekerja bersama2 dengan ramai rakan daripada berbilang bangsa. Di sinilah kita harus menyelami jiwa dan perasaan tak lupa juga pada pemikiran seseorang itu mengikut dari mana dia datang .. Di sana kita lebih mengenali mereka yang belajar di sekolah terbaik di Malaysia dan juga yang tinggal di ceruk desa.. Semua ada kelemahan dan kekuatan masing2. Di situlah harus dipupuk sikap saling melengkapi..Bukannya memikirkan yang kita ini sahaja seorang yang hebat.. Kan??? kan?kan?

Dan aku juga berpeluang untuk mengenali rakan2 yang sangat2 memahami dan sentiasa membantu aku dari segala aspek! Anda Memang Terbaik lah!!! dan aku akan sentiasa rindukan waktu2 yang kita lalui bersama! Lihatlah peeps sekalian.. Bagaimana seorang yang begitu fobia untuk bergaul dengan rakan2 sekeliling yang dijangka tidak 'cukup' sporting .. kini menjadi semakin erat.. Sememangnya peribahasa bahasa inggeris tersebut tak boleh dinafikan lagi..
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Dan kalau tidak.. masakan aku sentiasa diingati dengan nama opah berikutan aku telah melakonkan watak sebagai seorang opah dalam menjayakan sebuah drama tentang pemahaman Satu Malayisa yang dipersembahkan khas daripada budak2 Bravo!!
Syabas!!!

Bagaimana??
Itulah pentingnya jika kita harus untuk menyediakan sebuah minda yang terbuka untuk bergaul dengan orang di sekelilingnya supaya mudah untuk kita menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling nanti.
sebenarnya sangat sukar untuk kita 'hidup' jika kita bertindak sedemikian.. sangat me'nyulit'kan kita..
Sangat3!!
Belajarlah untuk terima kenyataan yang kita ini kadangkala adakalanya bukan sentiasanya betul..
dan terima teguran..daripada orang lain tetapi bukan berdasarkan daripada taraf pendidikan individu itu.
Kerana bukan semua orang yang pandai dan belajar di sekolah2 yang terhebat di negara ini seorang yang bijak.. dan tak semua orang yang tak cemerlang spmnya tu cikai2 punye orang..

Fikirkan ye!!

Dan tak sangka aku dipilih sebagai calon untuk pelatih terbaik..
Sedangkan sumbangan aku lebih kecil dalam kem tu jika nak dibandingkan dengan pelatih lain.. hum..
*serius tak bersikap takbur kot..
cuma tak sangkalah diri ni dihargai sedangkan waktu aku kat dalam kem tu sangatlah suka main2 terutamanya time kawad.. hahah lawak2
Semuanya berkat dorongan rakan2 lain untuk aku berani menonjolkan bakat (bajet) sebagai master of the ceremony(mc) dalam karnival sukan.
Dan berlakon sebagai opah sehingga diingati sampai hari ni..
Aku juga akhirnya berpeluang untuk mengubah kesilapan aku dengan berkawan dengan kwan2 yang alim bersekolah di sekolah agama.
Aku tak sangka di sini aku akhirnya dapat belajar utuk mengubah jadi baik terutama sekali tentang penutupan aurat.. hiuhiuhiu
belajar bersabar..belajar menerima sikap orang lain

Jadi sesape yang dapat plkn tu..
 jangan lah mengeluh.


  1. Pertama sebab dapat elaun.
  2. Kedua sebab dapat belajar berbagai2 perkara
  3. Ketiga sebab dapat ke surau berjemaah tiap2 hari..(kat rumah selalu ke?)
  4. keempat sebab anda memang beruah..

(tapi kadang2 tu..sifat sabar aku bertukar kalau penantian dalam kem tu amat lama... sebab prinsip aku tak boleh menunggu orang lain dengan lama kalau aku ada banyak komitmen lain yang menanti)
*kadang2 kem ni punya pengurusan sangatlah menyakitkan jiwa.. merunsingkan hati!!
hahah
oklah that's all for my post 
entry aku agak bersemangat sikit 
dan bermotivasi.. aku kena strive for excellence mulai sekarang!!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!
Semoga niat anda berbuat baik diiringi 
dengan keredhaan Allah!!






No comments:

Post a Comment