Assalamualaikum..
hahah. tenangkan diri dulu..
*siap sedia??
FULLAMAK!! GILA BERHABUK BLOG NI..
FUH..FUH FUH..
(hahaha ayat tipikal untuk memulakan sebuah bicara dalam blog bagi blogger sesuku masa..)
hehehhe
Ape kabo mike sekalian?Sehat?
mustile sehat?? kan ? kan? Kan baru lepas raye?
ops.. sebelum tu.. kalau sempat lagi.. aku nak ngucapkan
SELAMAT HARI RAYA
walaupun dah lama kita menyambutnya tapi tak bermakna Syawal sudah berakhir..?
Open House sana sini dijemput..
kan? (iyekan saje)
Kalau dah banyak kali aku tinggalkan blog ni yang dah bersawang dengan padat.. banyak sekali yang ingin aku titipkan kepada kalian. Almaklumlah.. hamba ni bukannya ada masa untuk mengemaskini segalanya pada masa yang tepat kalau sesuatu tugas bukannye perlu diberi komitmen yang tinggi..
Baiklah.. Sebelum tu nak juga mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI YANG KE-55!
nampaknya negara sudah menginjak tua setahun dan bebas daripada cengkaman anasir2 luar mahupun yang datang menyorok dari selimut..(belum lagi)
Janjinya rakyat seharusnya bersyukur dengan keadaan yang dikurniakan kepada negara ini..
Kalaupun masih ada yang bertelingkah.. tetapi sekurang2nya kita masih ada kedamaian serta penyatuan yang utuh yang mampu meletakkan keamanan Malaysia sebagai penunjuk jalan..
Sebenarnya nak bercerita tentang apa yang saya lalui petang tadi..
Buat pengetahuan anda semua.. saya sudahpun menukar sekolah yang lebih dekat dengan rumah..
Dengan berbekalkan keputusan SPM yang tidak berapa memberangsangkan
(sekadar mencatat 4A dan selebihnya kredit...)
pathetic kan??
maka penawaran masuk ke IPTA tidak berjaya..
Merasakan dengan rayuan juga mungkin tidak berapa berjaya dan juga disebabkan malas untuk melakukannya.. saya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6
Pada 2 minggu pertama , saya belajar di sekolah lama.. tapi disebabkan mak serta ayah yang tidak berminat lagi untuk menghantar saya ke sekolah yang sama disebabkan faktor jarak *sebenarnye boleh je duduk hostel.. tapi mak dah tak bagi.*-
SMK Raja Perempuan, Ipoh..
lalu saya telah diminta oleh ayah untuk berpindah ke sekolah yang terdekat iaitu Anderson School.. yang memang dekat sangat #kakak2 sebelum nipun dah lepas ke sini..#
Jadi perjalanan hidup sebagai salah seorang pelajar Tingkatan 6 bermula..
Dan untuk pengetahuan anda.. anak saudara saya meninggal dunia telah meninggal dunia ketika baru 2 hari saya di Anderson.. disebabkan SIDS..
kalau masih ingat .. saya ada mengemaskinikan entri tentang anak saudara yang baru saja dilahirkan pada 3 Disember tahun lepas..dan arwah sudah pun meninggalkan kami sekeluarga ..
kalau mahu lihat.. di sini .
Sedih tu pastilah.. tapi ianya sudah tertulis.. 6 bulan arwah bersama kami sudah cukup membuat kami terasa senang memandangkan keluarga kami tak pernah lagi ada ahli keluarga lelaki
*jeda*
AL-FATIHAH
Kami sekeluarga memang kesemuanya perempuan..
Saya yang terakhir daripada 7 beradik..
sweet kan?? hahahahhahahahahah
![]() |
sebenarnya.. seorang takde,.. waktu ni dah beraye bersame suami |
hahha ok.. enough with the her-story.. (entri berikutnya saya cuba untuk topik lain)
Sebenarnya cerita yang sebenar nak bagitahu..kisah yang saya alami petang tadi..
Selepas kelas ekonomi berakhir pada lebih kurang jam 1.15 saya menuju ke perhentian bas untuk ke pasar jaras bertingkat KAMDAR untuk membeli kain biru gelap..
memandangkan saya merupakan salah seorang pengawas perpustakaan..memangkena belilah..
*apela..kawan2 lain dah beli dah.. aku je malas nak membelinya.*
Jadi.. dengan berbekalkan azam dan ketekalan di tengah panas itu saya memulakan langkah menyeberangi jalan yang agak sibuk tika waktu puncak..di hadapan hospital tu..
*waktu tu.. memang sangat terik la*
Pemarhatian #1
kini bermula!
kini bermula!
hah sebelum kaki yang kuat ni (alhamdulillah)
menapak untuk ke anak tangga jejantas yang pertama.. aku dah disapa dengan gelagat junior (entah form berape la kot) yang menegurku dengan ayat lebih kurang gini la..
Junior: Sorang je??(nada sarkastik kedengaran)
Senior: (diam)
Junior:sorang je??(kali ini lebih kuat!)
Senior: (Tanpa menoleh dengan senyap terkejut dengan pertanyaan yang agak kureng tu)
Junior: SORANG JE!!!??
Senior: (kali ini si senior yang bungkam terus mengendahkan pertanyaan yang agak menyibuk tu)
kakiku dengan utuhnya terus melangkah setapak demi setapak..
tanpa menghiraukan teguran junior tersebut..
(walaupun junior2 di situ bukannya hairan sangat dengan sistem hormat Sr. dengan Jr. ni)
they are not prrtty interested when it comes to respect senior lebih2 lagi yang berjantina perempuan..
Almaklumlah.. perempuan di sekolah lelaki tu memang minoriti as we are just filling the student capacity for form six classes.. hehehe
Di sini bukan saya hendak berlagak seperti senior mahupun menyombong..
Mungkin ye.. sifat saya yang tak berapa responsive dengan teguran daripada golongan berjantina berlawanan..
tetapi biarlah teguran yang baik dan bersopan serta yang paling penting good intended..
ada hala tuju! jika sekadar mahu menanyakan saya sedang berjalan seorang sahajakah? berduakah? berkumpulankah? saya rasa It is INDEED POINTLESS!!
bukankah kamu sudah memandang saya berjalan berseorangan?
takkan saya ada kawan imaginasi yang kamu boleh nampak?
hahah jenaka sahaja,.. theeheehee
kalau nak mengatakan yang kamu sahaja-sahaja.. untuk sekadar berbasa basi..
Cubalah gunakan ayat yang betul2 untuk berbasa basi..
*STOP TALKING LIKE THAT..
IT ANNOYS ME BADLY..
Janganlah ayat yang orang katakan seperti ayat tak logik..*taknaklah guna ayat yang berat2..aka jahat
mungkin ya saya akui.. masyarakat kita sememangnya didedahkan dengan penggunaan ayat yang manis mesra tapi ternyata seperti tak nampak keserasiannya dengan apa yang kita sedang lakukan.. contoh:
kamu tengah basuh kereta.. jiran bertanya dengan mesranya aik? basuh kereta ke?
i mean.. what is this? don't you see me?
kalau nak tanye atau bersapa mesra sikit use your common sense la..
takkan ayat tu masih kamu mahu gunakan sedangkan kamu tahu apa yang dia tengah lakukan..
memanglah apa yang aku cuba katakan ni nampak macam perkara remeh..
but..
yang remeh2 dan kecil moleklah kekadang harus dipandang serius..
Kerana apa yang kita tanya tu.. seolah2 kamu menyindir ataupun sekadar berbasa basi
menyumbang kepada salah tafsir orang lain terhadap pertanyaan kita tu..
dan kadang2 orang lain mungkin sedang moody ditambah dengan soalan seperti itu.. mungkin sekali boleh menambah moody dia.
dan
perkara remeh inilah kadang2 mampu memulakan sebuah pertelingkahan..
nak2 kalau keadaan macam yang aku alami tadi..
dengan salam dan panggilan untuk memanggil seperti kak ke ?? takde..
diteriaknya ke arahku seolah2 soalan itu penting..
lagilah saya mengendahkannya dengan keletihan peluh yang masih berbisa di raut wajah
Pemerhatian #2
Setelah berjaya memanjat anak tangga jejantas tersebut..
maka bermulalah aku dengan ekspidisi mencari teksi.. dengan peluh yang pecah *tak habis2 nak mention pasal peluh
hah! kelemahan saya adalah pada ketika inilah!
keyakinan saya makin rendah tatkala berada di tengah2 khalayak.. sangat susah self esteem untuk melakukan sesuatu dengan keyakinan yang tinggi..
haishhh.. kadang2 nak buat tapi minda sering menahannya dengan meragukan fikiran umum di sekeliling
padahal itu hak kita untuk berbuat sedemikian..
perkara ini taklah serius sangat tapi disebabkan kita dah pun sampai di situ.. akhirnya teksi ke-2 yang ditahan
(sebab yang petama tu tak nak berhenti entah lah)
dan selepas masuk mengisi ruang dalam teksi tu..saya meluncur laju menuju destinasi..
Pemerhatian #3
hahahah
ini lagi satu..dah sampai ke destinasi yang dituju tu,..
terus cepat menuju ke pintu masuk Kamdar.. macam biasalah.. nak cepat..
hectic life as a student..we seriously have to be fast and use our time wisely
and...
the story went on as i entered the door..
naik ke tempat yang menjual kain sekolah menengah.. sebenarnya kain untuk pengawas2 la..
Pada hemat saya.. la kan.. kalau kita sudah menjadi pelanggan bagi salah sebuah gedung menjual apa2 barangan pun.. mestilah kena utamakan pelanggan sebab pelangganlah yang menghidupkan jual beli sesebuah firma tu.. sebab semestinya kita sebagai penjual mesti berpegang teguh pada terma
customer is always right
kan??
Tapi jangan terkejut kalau kita datang ke sesebuah kedai masih ada penjual yang bersikap sombong terhadap kita
Sekali lagi I want to stress it here..
I am not trying to being snob.. but.. please .. we have right..
saya agak terkilanlah dengan servis yang diberikan
*nampak sangat aku sebagai pelanggan ni hina di mata mereka!*
hahah cumanya mereka tak bertanyakan aku apa2 sampai barulah mereka lihat aku lama2 berkeliaran di situ selepas lama dok berbual-bual...
apa punya servis aku pun tak tahu..
Dan bila nak membuat pembayaran .. sekurang2nya senyumlah..
apa punya servis aku pun tak tahu..
Dan bila nak membuat pembayaran .. sekurang2nya senyumlah..
bukan nak kutuk,.. dan bukan semua tadi yang aku jumpa tak
memuaskan.. tapi..kenapa tak senyum..
memuaskan.. tapi..kenapa tak senyum..
bukankah itu lebih menyenangkan hati pelanggan dan dalam masa yang sama.. anda dapat melakukan kerja dengan positif..?
Tapi.. nilah yang membuatkan aku masih menyedari masih ada yang belum mahu melakukan kerja
dengan ikhlas.. walaupun anda bukan beragama islam.. tapi agama yang lain pun masih
menegaskan supaya berbuat baik dalam kerja.. beretika..
dengan ikhlas.. walaupun anda bukan beragama islam.. tapi agama yang lain pun masih
menegaskan supaya berbuat baik dalam kerja.. beretika..
Jadi baru ikhlas.. dan kalau nak dapatkan ikhlas tu kadang2 kena berkorban..
Fahamilah maksud ini..(buat kerja dengan betul dan sentiasa optimis)
Tapi yang pasti observation for this scene..really taught me me well..
supaya menghargai dengan apa yang ada dan melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas..
Fahamilah maksud ini..(buat kerja dengan betul dan sentiasa optimis)
Tapi yang pasti observation for this scene..really taught me me well..
supaya menghargai dengan apa yang ada dan melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas..
hahhaha berianya..
ala... resit je pun.. saja nak snap dengan resit..
hahahhaha
tapi...
Syukur.. kita masih mampu menutup tubuh..
bersyukur.. bukan?
masih ada cebisan kain yang lengkap dijadikan penutup tubuh untuk menutup aurah kita..
Dan paling penting dalam Projek Pemerhatian kali ni..
Kesyukuran...terhadap apa yang kita miliki..
bukan untuk membangga mahupun riak..
tetapi
untuk disyukurkan dan dihargai bersama...
Pemarhatian #4
Dah habis membeli kain yang dipilih aku turun membuat pembayaran.. perut pun mula berdendang2 lagu joget..
ahah! kelaparan mula memuncak..maksudnya perut perlu diisi..
sebelum tu tengok2 jugak kocek kan? sebab karang tak pasal2 kena basuh pinggan pulak..
hehhehehe
beberapa langkah keluar dari pintu gerbang kamdar.. terus je duduk..ala.. makan dekat padang kanak2 tu.. memang dekat la..
punya berlambak2 pilihan tapi finally aku pilih juga nasi goreng kampung serta teh o' ais limau sebagai penghilang lapar dan haus..
Pada masa yang sama juga.. aku ni memerhatilah situasi sekeliling..
Tentang apa yang berlaku dengan masyarakat di pekan '' Ipoh yang VINTAGE lagi 'LEGEND' ni?
*dah lama tak kunjung kot*
hahah
Kekadang apa yang aku lihat tu masuk dalam minda dan automatik aku mula memikirkan tentang perkara yang menarik minat aku tu
Dan sehinggalah fokus aku berjaya menangkap susuk tubuh seorang makcik yang meminta pesanan aku sebaik sahaja aku duduk di kerusi .
Melihat dari gaya pertuturannya dan 'telo'nya diisi dengan lenggok Indonesia..
Walaupun nampak dia meng'cover' lenggok tu..
hahhaha
Aku menelah yang dia bukannya berasal dari Tanah Melayu..
Tapi gaya melayan pelanggan boleh dikatakan baik..
Jadi tiada masalahlah kalau aku mahukan servis yang baik
*yelah.. kita ni pelanggan yang sentiasa benar kan?
Namun apa yang ingin aku katakan di sini adalah tentang lambakan pekerja2 asing yang mencari rezeki di sini..
Tentang bagaimana golongan seperti mereka melakukan sesuatu yang baik
untuk mencapai tahap yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan
Maksudnya.. sebagai contoh tanter indon tadi..
Walaupun seorang yang bukan berasal dari sini...dan bukanlah seorang pekerja yang makan gaji dan mampu memandu sebuah HONDA CIVIC..
namun dia mampu menyampaikan servis yang terbaik
dalam pekerjaannya yang menuntut untuk sentiasa sabar dan tersenyum sebagai seorang pelayan gerai..
Dan begitu juga pekerja2 kilang dan buruh2 kasar
yang sanggup menahan panas dan dahaga
demi sesuap nasi untuk dia dan keluarganya di kampung seberang sana....
*looks like i'm more referring to Republic of Indonesia country..*
mereka betah untuk melakukan pekerjaan seperti ini daripada merungut dengan pekerjaan yang sejajar dengan lulusan pendidikan mereka..
Yang membuatkan benak aku terdetik dan minda aku terfikir..
ialah
masyarakat Malaysia sendiri yang tak berapa rajin untuk membangunkan diri dengan pendidikan
tetapi merungut dengan pekerjaan yang layak dengan mereka..
Maaflah untuk berkata2 sedemikian sedangkan aku pun belum lagi habis dengan Tingkatan 6
tetapi pendapat is still a pendapat,..
I am still going to stand still sternly with my opinion
Bukan apa.. kita masih dimanjakan dengan apa yang kerajaan telah berikan sehingga kita kabur dengan tujuan hidup kita dan tugas kita kepada negara..
Mentaliti kita masih lagi di kelas kedua dan di takuk lama untuk maju ke hadapan..
Untuk berjaya, bukan sahaja dengan kemajuan teknologi mahupun peningkatan ekonomi yang mapan,
tetapi juga perlu seiring dengan
pembangunan pemikiran bagi modal2 insan yang ingin dicipta pada masa muka..
juga bersama taraf pendidikan yang relevan dengan pekerjaan yang ingin dilakukan..
bukan maksudnya aku ingin menghina pekerjaan seperti buruh2 dan sewaktu dengannya
jauh sekali menafikannya
tapi..
kalau kita mahu mengetahui sejauh mana kemampuan kita untuk tahap pengetahuan diri kita dan tahu akan ilmu itu penting..
pasti pelajaran juga yang akan kita impikan..
kalau mahu katakan pekerjaan seperti itu bakal kosong jika kita mahu mengejar ilmu..
ternyata telahan kita tu meleset..
bilangan pekerja2 macam tu takkan terjejaslah.. sebab ramai lagi yang akan memenuhi pekerjaan tersebut..
bukanlah yang warga asing saya maksudkan..
rakyat tempatan lain yang sudah berumur lewat yang masih segar badannya boleh lagi bekerja..
ini.. kalau kerja kuat sikit merungut..
guna tenaga kuat sikit merungut.. tryla untuk kerah otak pulak..
cuba try test?*hehehhe
pilihan anda.. kerana hak menuntut ilmu hak anda..
peluang ilmu di Malaysia terbuka luas pemohonan kewangan pun masih ada..
isilah dengan bijak selagi ada peluang..
Ini hanyalah pendapat
Seperti yang saya kata..
Pendapat is still a pendapat..
Words cannot change to CHANGES
We decide them..
Ayat tak mampu mengubah apa-apa
Kita yang mengukirnya.
Konklusi
konklusinya? lo.. ingat karangan pa ke nak kesimpulan2 bagai ni..
hahah Secara umumnya apa yang ingin aku katakan
We the Malaysians need more positive people.
No matter what the problems are,
as long as you see the problems as a good challenges
you won't feel the weight of the problems..
By time you will see the suffering
but that won't stop you from searching the solutions..
Allah won't test His slave with the unsolvable problems..
Ever remember??
Lantaklah kalian mahu kerja apa .. asalkan niat kalian tidak terpesong..
Tak nak belajar tak ape.. tapi.. cuba bayangkan betapa berzatnya
dapat rasai jus kejayaan hasil kita berhempas pulas dengan pendidikan..
Dan lagi satu.. pekerjaan yang ikhlas akan membuat kita rasa makin bersemangat
untuk melakukan pekerjaan tu lagi..
Walaupun aku ni pun sama sahaja.. tapi aku ingin saling mengingati..
kita ini sebagai manusia memang boleh leka dan alpa serta lupa..
No comments:
Post a Comment