Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Friday, November 23, 2012

Dahulu & Sekarang ;)

dahulu kau mencintaiku...
dahulu kau menyayangiku..

silap intro.. 
ehem2

segak tak aku?? huahua

berbalik kepada tajuknya sendiri..
first sekali jawab salam atas itu  terlebih dahulu serta soalannya..
Kalau dah .. moh proceed ke perkara2 yang ingin aku bincangkan 

Pulang dari sekolah tadi..agak lewat..
Selepas terpaksa ponteng kelas tambahan bahasa melayu tadi..
ekoran menghadiri mesyuarat PRS..
 terus pulang lebih kurang jam 3.. petang
 cadang nak ke pusat sumber..
Tapi.. tak apelah..

Dah habis hal2 tersebut dan sewaktu dengannya..
barulah berada di atas motorsikal yang ditunggang ayah untuk pulang ke rumah
sampai simpang tiga waktu jalan balik tadi. baru teringat yang saudara aku akan mengadakan kenduri kahwin menyambut anak bongsunya..
Dan seperti biasa yang terlintas dalam minda..  mereka akan mengadakannya dengan menggunakan khidmat katerer untuk menyediakan bab2 makanan ni..
tetapi ternyata sangkaanku meleset dan barulah ingatanku ini segar kembali setelah teringat bahawa keluarga ini memang tak akan menggunakan khidmat katerer.
Yang cuma.. gotong-royong sesama jiran..

Maka ramailah yangku lihat tadi memenuhi kawasan rumah tersebut..
Ada yang memotong daging lembu..(lembu ditumbangkan seekor okey?!)
Ada yang memotong bahan2 seperti bawang2an , sayur2an.. macam2 lagilah

Keadaan ini sangat jarang diamalkan sekarang dalam tempat perumahan aku..(walaupun kampung..)
Dah sangat jarang nampak semangat gotong-royong dalam kawasan ni..
Serius.. dulu.. kakak aku kahwin ..dan sekali tu je yang guna khidmat 'orang kampung' a.k.a 
GOTONG ROYONG..
Almaklumlah.. aku memang tinggal di kawasan kampung tapi agak bandar sikit..
Jadi perkara yang aku lihat tadi benar2 menarik perhatian aku untuk memikirkannya sejenak..
Sebab aku fikir.. dah tak ada dah semangat kekampungan ni..
Sebab fikiran orang sekarang dah berubah searus dengan zaman..
Dan memang lumrah dan fitrah hidup..
Peredaran manusia berubah mengikut trek zaman..
Serius...
orang sekarang dah senang nak malas  senang lagi

Sampai di rumah.. sambil tangan bersepah dengan nasi..
Jadi aku pun memulakan perbualan dengan ayah tentang apa yang aku lihat 
Bermula dengan bangkitnya pernyataan aku bahawa alangkah bagusnya kalau selalu nampak semangat kekampungan yang terjalin dilihat dalam kampung ni..
Dan aku pun menyoal ayah kenapa jarang sekali nampak gotong royong nak kenduri sekarang ni?

Lalu ayah pun menjawab dengan nada selamba namun ada sedikit berbau sarkastik
"orang yang boleh menolong ramai.. tapi deme tak minat nak campo"
ayat yang ringkas tapi makna nya padat.
Masih kurang mengerti pada hematku..
aku memang jenis yang ingin sekali memahami dengan sedalam2nya tentang apa yang menarik perhatianku untuk mengambil tahu..
Jadi bertanya lagi..
"Tak minat nak campur?Kenapa pulak.. bukanke orang tua masih ada lagi.. ataupun ayah cuba mengatakan yang orang tua pun tak mahu bergaul dengan sekeliling?"

Masih dengan gaya bersahaja diselang nada sarkastik
" Deme sekarang ada banyak lagi benda nak buat.. Dulu meriah.. sampai pagi nolongnye.. sekarang ada macam2.. deme ade banyak benda lain nak buat..tv ade.. internet ade.. talipon ade.. Sekarang style orang ikut zaman.. pemikiran pun berubah la..banyak lagi  koje nak buat..deme  sekarang datang untuk makan je le.. nolong2 pande2 kome le.. datang bagi duit ,makan.. lepas tu habesle."



dalam hati..ooooohh.. 
tapi masih belum cukup puas.
"emph.. bukanlah pasal tak nak campur.. malas la tu.. lagi satu..sekarang orang tak nak mengotorkan rumah.. jadi depe upahla pihak katering.. kan? ala,,. sama je.. style orang sekarang jugak.."

mak yang dari tadi senyap menyampuk.
"ini bukan sebab malas nak ngotorkan rumah ke ape... zaman sekarang punya orang tak ramai yang teringin menolong kenduri kendara.. yang kenduri ni pun
(merujuk kepada kenduri yang aku nyatakan sebentar tadi.)
tak le ramai mane.. yang menolongnya.. tak macam dulu tikah.."

ayah menyambung lagi
"kalau mengharapkan saudara mara boleh la.. yang dekat2 je.. cube kalau yang duduk luar..deme semua ade koje.. kalau orang dulu.. yang koje tu dua hari dah mintak cuti..sekarang semua orang sibuk..dulu tak ade ape2 tv pun tak de..kalau dulu siap berzikir lagi malam2 orang laki pun sebok kaco itu ini..  sekarang.. dekat kampung ni diajak datang untuk makan sahaje.. nak nolong2 tak de,, itule... sebenonye.. deme malas nak campo.. yang duduk hulu2 tu kenal je.. tapi yelah... sekarang bukannye macam orang dulu kalau nak ngarapkan pun orang tua2.. banyak pun dah yang meninggal..tinggal orang muda yang dah berubah pemikiran mengikut zaman tu..kalau moden zaman tu moden le carenye.. mudah.. "

Aku masih dalam mood untuk meneruskan perbualan..
" orang sekarang yelah... lagipun kerja besar2 banyak komitmen.. nak turun padang.. duduk dekat metropolitan.. nak pulang ke kampung payah.. tak boleh nak salahkan deme jugak.. habis tu kalau deme tak bercampo.. ayah pun same le macam deme.. tak bercampo..?"

"boleh je.. kalau diajak "

"ye ke? ayah kenal ke deme2 yang berada di hulu tu?"
sengaja mahu memancing pendapat ayah..

"kenal je.. ape tak kenal pulak.. cumenye yang membuat kita tak bercampur.. kita tak rapat.. jalinan kita masih tak rapat.. nak ngarapkan sedare mare je le.. nak nolongnye.. kalau tak.. katering le jawabnye.. "

"oooo.. ni semua sebab sikap la ni..em... ok ok kesimpulannye sekarang ni mereka sebenarnya boleh menolong tapi sebenarnya malas nak bercampur la ni.."

ayah sambung lagi
"kalau dulu.. lain sekarang pun lain.."

"tikah tetiba teringat dekat kenduri kak cha kawen dulu... waktu tu sangat ramai orang datang bergotong royong..sekarang susah nak nampak ..ada pun sikit je yang datang.. memang dah berubah.."

"keluarga kita ramai tapi tak boleh nak gotong royong juga..nak mengharapkan orang kampung.. tak macam dulu..macam ayah cakap tadi..malas nak campo..jadi kalau ada duit lebih.. ada la kenduri beso.. kalau biase2 je.. buat la ala kadar je le.."

dari perbualan tadi aku dah mula nampak yang kampung2 pun aku duduk .. kampung ni pun bukanlah mengamalkan sikap macam kampung2 yang lain sebab kami memang kampung di tengah2 bandar..

kalau dulu, orang2 kampung sangat terbuka kalau dengar saja ada yang nak melangsungkan perkahwinan ke ape ke.. kenduri2 ni.. memang akan meriah.. tolong tak kira masa.

sekarang tak lagi.. sebab orang yang ada pada waktu tu dah banyak yang sakit , uzur dan meninggal pada waktu sekarang...jadi warisan tu tak berjalan dari satu generasi ke satu generasi..
nak2 zaman malas moden dah mula approach zaman kita sekarang ni..
macam yang aku kata tadi..
dah senang nak senang lagi..
masa kita tak cukup untuk menyemak berapa banyak notification..di fb,
sibuk menonton nur kasih sambil meninggalkan geng marhaban..
dan
sibuk membalas What's app kawan2 ..
kan?(iyakan saje)
*tapi dekat kampung lain boleh je tengok macam ni...*
seperti yang aku kata..kampung lain kampung betul..kami ni orang kampung di tengah bandar..


bukan apa.. senario seperti ini sebenarnya membangkitkan semangat aku dalam pelbagai perkara..
terutamanya dalam bab2 setiakawan dan kerjasama..
semangat gotong royong ni boleh menjadi nadi keharmonian kita..
kan-kan-kan?

yelah... kalau kita mengimpikan satu gotong royong dalam sesebuah komuniti pastilah perlukan ramai
orang yang boleh memberi komitmen
tapi... sekarang seperti yang dikatakan.. bukan semua sudi atau sanggup turun padang..
sebab komitmen lain banyak yang menanti..

Dalam masa yang sama aku ada menanyakan ayah..
"habis tu kalau guna gotong royong pun tak best.. kenapa kita ada buat untuk kenduri kak yang 3 tahun lepas guna gotong royong ?"

kata ayahku
" itu pun tak ramai yang menolong.. keluarga kita2 saja.. dan jiran sekeliling..yang lain tak de le.. kita pun baru buat kenduri.. mane ade pengalaman menguruskan kenduri2 beso sangat lagi..buat je le yang gotong royong aje dulu.. bila dah kenduri ke-2 , kita terfikir untuk menggunakan khidmat katerer pulak... kalau nak  ngarapkan gotong- royong memang tak jalan sangat laa.. 
Lagipun kita nolong jugak ekonomi negara berjalan dengan melariskan bisnes orang kan? "

Jawapan ayah bersisa dengan senyuman sinis sekaligus meninggalkan seribu satu persoalan dalam benak aku....
Tak pastilah salah siapa yang puncanya.. tapi yang pasti semangat gotong- royong dalam kalangan penduduk kampung aku makin luntur....
Dengan lokasi kami yang sememangnya dekat dengan bandar., maka senanglah kami menerima gelombang teknologi yang sudah semakin maju..
Tapi... faktor pembandaran bukan salah kita...semuanya daripada kita sendiri...sama ada mahu melakukannya bersama2 atau melepaskan tanggungjawab sosial begitu sahaja..

aku sendiri pun mengambil iktibar
Sebab kita ini sentiasa kena  mengingatkan dan diingatkan..
ye dak?
hehehehe

Betul juga kata ayah... guna saja khidmat katerer ...
nak senang? tak nak mengotorkan rumah dan pinggan mangkuk? nak jimat masa? jimat tenaga?
KATERER lah jawabnya..
lagipun boleh tolong memajukan perniagaan orang..
dah ada peranan ekonomi di situ secara tak langsung..

Tapi...
nanti budaya bergotong- royong pun hilanglah...lama2 di kampung pedalaman pun tak amalkan sangat dah..
Sedangkan kitalah bangsa yang terkenal dengan sikap begini..
tolong - menolong...
*eleh... gotong royong bukan boleh tunjuk dekat kenduri saja..tempat lain pun boleh*
tapi... bila masanya pun...nak eratkan tautan kekeluargaan dengan lebih erat,..dengan sanak saudara...
dengan kaum kerabat keluarga...dengan jiran tetangga..  BILA?
takkan di tempat kerja kot...
Uish... kau satu tempat kerja dengan keluarga kau ke? parghhh Family Business?

hahahah
SETTLE!
Kepada anda di luar sana... fikir2kanlah..
tak seronoklah waktu raya saja..
bukan semua akan pulang ke kampung pun...
kita datang ke sesuatu majlis ..
tak kisah lah rumah terbuka kah? hari keluarga kah? datang sekadar nak makan saja?
takkah terniat di hati nak beramah mesra dan kenal mengenali dengan ahli keluarga yang lain?? kan kan kan?

Sekali lagi
.sebab sikap kita...
yang malas nak ambil tahu
malas nak bercampur... malas segala-galanya.

Takkan nak mengharapkan semata2 orang tua...
generasi kita bagaimana?
Siapa yang nak meneruskan legasi macam ni...
Unik tahu tak...??
Bukan sekadar pengenalan budaya tarian saja...
Ini pun budaya kita yang sentiasa disinonimkan dengan kita...

Bila kita semakin dipacu kegemilangan teknologi, kemajuan, dan pembangunan..
ada harga yang terpaksa kita bayar kembali
ada sesuatu yang terpaksa kita lepaskan..
demi memperoleh kesejahteraan hidup yang lebih kondusif dan cekap..

tapi kita mampu membayarnya..
sama ada dengan potongan harga.. atau.. pendapatan yang tinggi.
sama ada
dengan potongan kealpaan terhadap budaya yang satu ini...
atau
dengan nilai moral dan budi kita yang tinggi..

Apa yang pasti... kita mampu mengubahnya..
kalau kita memikirkan bersama..
kita terima dan sedia untuk berubah..


ayat tak boleh mengubah perubahan
kita yang mengukirnya...


Kalau kita bersedia mahu berubah...
yang lain akan ikut..

jangan nak jadi macam di bawah ni...
hahah
kelak kita menyombong..
orang menyombong kembali...


Assalamualaikum..
Have a nice day clans...




No comments:

Post a Comment