Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Thursday, March 28, 2013

Lengah Tangguh

Assalamualaikum
Lama sudah tak kemaskini blog..
Hari ini nak mengadu berkaitan masalah aku.
Masalah aku yang utama ini memang selalu lalu lalang dekat kepala aku

"Itu kapla.. ada batu besar juga duduk.."



Aku suka MENANGGUH
Aku dari tingkatan 1 sampai 5 memang makan dalam tray..
dalam kata ringkas..aku pernah duduk asrama
tapi asrama yang satu ini bukannya asrama penuh mahupun tanggungan MARA
cuma ditanggung kerajaan negeri bagi pelajar rancangan khas..
Macam orang lain ... patutnya jadi lebih berdisiplin
tapi ..
berbeza buat aku


sampai satu ketika dahulu..
satu kerja pun aku tak siapkan kalau cuti 2 minggu pulang dari asrama

Waktu aku Tingkatan 1,
aku rajin siapkan,
Bila Tingkatan 2 
Nafsu mula ajar aku sikit sikit
Naik Tingkatan 3 
lagilah malas...(huargghhhh)
Makin menjadi aku bila di Tingkatan 4
tak payah nak cakaplah
Dah masuk Tingkatan 5
Tak tahu nak cakap apa.

Kenapa ya?
Aku selalu tertanya-tanya kenapa aku jadi begini
daripada
mencari jalan dan nekad
untuk mengubahnya

Dan.

tangguh ke lengah 
ni
tak termaktub dalam kerja-kerja sekolah

Aku suka TENGOK KEKEMASAN
kadang-kadang aku akan mengemas kalau betul-betul ada mood

Lagi MASALAH timbul..
"bilalah agaknya mood tu akan timbul?"

Lagipun, kalau masih terkapai-kapai bergantung kepada mood..
bukannya timbul selalu mood positif
lagilah payah aura malas menjelma

sekali lagi aku persoalkan..
kenapa masih gagal untuk lakukan kerja tepat pada masa ?
kenapa nak tunggu mood baru nak buat kerja ?
banyak persoalan..

tapi..

usaha dan perintis semangat masih tak berganjak
masih di situ..

Sedangkan kata orang..
kalau nak lakukan sesuatu..
mengapa tunggu masa yang menentukan..
mengapa harus bertangguh
mengapa harus tunggu sesuatu yang dorong kamu mahu laksanakannya

harus daripada kamu dahulu

ya...
DIRI SENDIRI..!!

lakukan sesuatu dahulu yang kamu mahu lakukan

dan 

JANGAN TANGGUH
hidup ni bukan selama-lamanya ada hari esok
bukan kita tahu kita masih ada peluang untuk esok

entah matikah
entah sakitkah
entah kurang mampukah

Sepanjang hidup, lakukan yang perlu kamu lakukan dahulu
Jangan utamakan keseronokan dan panggilan lain ketika menangguhkan kerja

Bila menyesal tak siap...
barulah nak menangisi dan menyesali 
perbuatan kita dahulu.

Detik itu,
tak ada undur masa
sebab kita biarkan masa menentukan
bukan kita tentukan masa

YA..
itu nasihat orang..
dengar sahajalah
mana yang elok jadikan lampu jalan
yang tidak buat simpanan belakang jadi pengajaran

aku yang bercerita tentang masalah ni kena dengar..
aku yang selalu buat silap ni harus ikut..
aku yang khilaf ni mesti patuh


sebab itu nasihat..
bukan cerita

YA.
YA.
YA. 
 aku harus dengar, ikut dan patuh...


dan bukankah aku pun sedang menyebarkan perkara kebaikan??
sebab aku pun sedang meluaskan jajahan nasihat orang lain..

Namun, bila aku fikirkan kembali..
saat ini.. kerja kursus aku masih terbengkalai lagi.

Dan aku sibuk
menaip di blogger ni


Kala ini.. aku masih berfikir..
Bila agaknya aku mahu berubah..
Persoalan berbangkit lagi

payahnyalah....
aku bercerita tapi susah nak ikut
dengan apa yang aku cerita

Ah...
lagilah payah kalau kita sekadar bercerita
tanpa isi
tiada makna

sebab cerita dengan nasihat lain
bercerita
sekadar mengeluarkan muntah percakapan
nasihat penuh dengan isi. matlamat dan ajaran


tangguh lengah 
tangguh lengah 
tangguh lengah
sampai bila pun tak sudah

dan kata bidalan : time ticks every second
                               PROCRASTINATION IS THE THIEF OF TIME
                                    You may delay, but time not, and lost time is never found again
                                                                                                               -benjamin franklin-



kata orang lagi : kalau nak nasihat orang... tengoklah diri dulu
                        
kita ni takkan pernah sempurna..
                         nasihat sahajalah
tak luak mana pun..

konsep yang aku 'bold'kan ni pun salah
jangan nak kata kita tak pernah sempurna
kita memang tak pernah sempurna

tapi..
tak bermakna kita hanya sebarkan nasihat tanpa perbaiki diri dahulu..
aspek lain mungkin tak bagus
tapi perbaiki dahulu diri selaras dengan aspek yang ingin kita nasihatkan
tak ada alasan untuk perbaiki diri

orang pun ada juga yang tak yakin kalau yang mengajar tu tak perbaiki diri
sebab dia mengajar kebaikan
tapi siri sendiri masih tak mengejar kebaikan

aku bagai analogi andaian sikit

Siapa yang mahu dengar kata pereka fesyen
kalau pereka fesyen sendiri tak ada stail dia yang sendiri
dan tak ada pengetahan yang bagus dalam bab-bab fesyen ni

Hindarilah sikap pesimis ni cepat


Sebab kita manusia biasa..

Salam Dinihari.







2 comments:

  1. Tiqah...aku sangat2 bangga kau macam ni tiqah..sob.ssob..ceee..nothing i could say except..keep going strong.i always knew u have a great potential beneath all your appearance..

    ReplyDelete
  2. ehhhh sam??? hahahhatak sedo plak hang ada sini.. dah lama aku tak buka blog. kerja kursusnya beso beno skala nya,.. ape bende nak bangge sam.. terimas sebab bagi dorongan kahkahkah geli pulak lengan aku dengo..hahah ce ce ce aku ni tak de duit nak bayo hang.. hahha

    ReplyDelete