Filem : After Earth
Hell oooo
Assalamualaikum..
Huarghhhh
Mengantuknya. seraya aku menjeling jam notebook ni
11:20 PM
ha kauuuu 40 minit lagi nak menginjak masuk hari berikutnya
tapi..
usaha aku nak isi masa cuti ni sebaik-baiknya masih tak terinjak-injak..
Tapi ,
Aku gagahkan juga mata yang dah separa terkatup ini untuk kemaskini entri bulan ini.
Bulan Jun dah ke?? ngehehheh
Sebenarnya aku tak pernah lagi kemaskini entri terbaharu yang dikhaskan untuk ulasan filem atau dalam bahasa mudahnya film review.
After Earth
dibintangi oleh duo anak beranak yang dah semakin popular..
Will Smith dan Jaden Smith.
dulu aku tengok dalam filem Karate Kid bukan main kecik lagi suaranya
Lepas aku tonton filem ni,
mukanya matang, suaranya dah pecah ha.. kau!!
kalau dalam filem seni mempertahankan diri Asia tu.. bapak Jaden Smith ni tak berlakon sekali
tapi dalam filem ni memang berlakon bersama.
Dan wataknya pun anak beranak juga.
mula ditayangkan di Malaysia pada 6 Jun ..
maksudnya semalamlah
dan dengan kepandaian teknologi serta kreativiti mereka dalam seni filem sentuhan
warga yang mendiami di negara-negara Barat sana tu..
aku pun tertarik dengan trailer filem ni
dalam hati aku sempat lagi menuturkan
"wa.. macam best je cerita ni.."
dan aku pun berazam untuk meluangkan RM13.00 dan duduk selama lebih 90 minit dalam pawagam tu..
dan akhirnya dalam skala 1-10..
aku hanya boleh bagi 4 3/4 hahha
jadi...
KENAPA?
- Pertama sekali, aku seringkali beri ekspektasi yang tinggi terhadap sesuatu filem terutamanya kalau aku dah tengok trailer filem tu. Kalau cerita yang macam rasa nak cekik pengarahnya seperti filem What's Your Number tu.. jangan haraplah aku nak pergi merajinkan diri ke pawagam berhampiran. Sebab genre seperti itu langsung tak memancing minat aku untuk menontonnya secara berbayar. Cheapskate? Yes, Indeed I am.. hahah Bila aku memikirkan sesuatu yang beraksi macam filem ni.. selalunya akan masuk box office dan ceritanya pun best. Tapi aku tak katakan cerita ni sampai dialog ini akan terpacul keluar daripada mulut aku "kau tunggu HBO atau FMP tayang pun tak apa" atau "ala.. layan VCD cetak rompak jelah.. Apa ada hal??".. Tak bukan begitu!! Jalan ceritanya bagus. Tak stereotaip. Teknik CGI yang digunakan memang mantap! Sinematografinya.. boleh tahan. Cumanya filemnya ada beberapa kriteria yang tak menepati harapan/ekspektasi aku. HAHA
- Kedua... aku suka tonton filem berdasarkan kelajuan filem tu. Jangan nak lovey dovey sangat kalau dah 'genre'nya pun aksi.(sebab kalau apa-apa filem pun tak sah kalau tak ada perhubungan percintaan) ye dak?? tapi... filem ni menghampakan aku dari segi temponya. Lambat. Betul.. Awal-awal lagi dah buat aku terfikir tentang duit yang aku gunakan tatkala menyerahkan not Ringgit Malaysia di kaunter tiket tadi. Sebab dari awal lagi, aku dah rasa tempo filemnya yang lambat. Kau tak nampak plot filem tu secara jelas. Plot perkembangannya sangat lambat untuk kita sedari dan kita tak boleh nak menikmati plot yang lain. Plot kemuncak pun sangat mudah untuk kita teka dan sangat sekejap.. Jadi, bagi aku kalau plot yang paling penting dalam sesebuah pembikinan filem seperti kemuncak ni pun mudah untuk diteka dan kecil tugasnya dalam sesebuah karya.. memang sakitlah filem ni untuk dibualkan sepanjang bulan bagi peminat filem bergenre aksi..Kalau nak kata filemnya berdurasi panjang tak jugak.. Lebih kurang 95 minit sahaja.. Emmm pandai matematik kan? Tukarkanlah dalam jam..HAHAH kejam tak daku? ngeheheh Mungkin bagi kau orang merasakan pendapat seorang penonton filem bukan tegar seperti aku ni tak laku di pasaran.. Tapi, ini sekadar pendapat awok yang kadang2 berfikir 2-3 kali untuk menonton sesebuah filem di pawagam. Bukan sahaja malas untuk keluarkan duit.. malah malas untuk berfikir-fikir mahu luangkan masa di tempat yang gelap dan penuh dengan orang awam yang waktu satu adegan yang lawak nak ketawa ala Didie Alias pun susah. Nak-nak kalau waktu kita nak pergi menonton tu waktu cuti sekolah atau cuti umum dan sebagainya... Kome boleh tekalah apa akan jadi di sekitar kaunter tiket pawagam. hahah MACAM IKAN SARDIN.
- Ketiga.. pelakonnya. dari segi kualiti.. mungkin boleh nampak kemahiran seseorang yang dah berjaya untuk memegang watak Dre dalam filem Budak Karate dan Pak Cik Kebal dalam filem Hancock untuk memainkan dan menjiwai watak Jeneral Cypher tak silap aku... (hahaha) boleh menjiwai dan seterusnya memainkan peranan mereka dalam filem ni dengan baik sekali. Tapi.. dari segi kuantiti.. hmmm aku tak boleh jamin aku menggemarinya. Sebabnya? sikit sangat. pelakon yang jadi maknya pun skripnya boleh kira dengan jari sahaja. Aku rasainya sejak dari awal filem lagi, tetapi aku berfikiran positif dengan mengatakan mungkin filem ini sengaja digerakkan secara perlahan pada awalnya.. Tapi, malangnya, idea tu langsung tak muncul2 sehingga pertengahan filem. Kalau nak kata nak fokuskan anak beranak ni sahaja, aku tak mampu kata itu satu idea yang baik. Kenapa? (aip.. apahal banyak tanya ni? hahah) Sebab aku tak nampak kualiti babak-babak anak beranak yang majoriti dalam filem ni digarap dengan bagus. Terrrrrrrlalu banyak kata-kata yang tiada nada dan agak membosankan sahaja yang aku nampak. Lagu-lagu latarbelakang yang kurang..lagi tambah bosannya.Perghhh.. Sakit nak mendongak aku ditambah dengan babak berpuluh-puluh minit yang tak bermotivasi... memang azab aku cakap. Latar masa filem ini ialah 1000 tahun akan datang di mana kita tidak akan duduk di bumi lagi dan kita sedang mendiami planet lain. Masalahnya, garapan dia sangat lemah dan logiknya juga semememangnya mudah untuk dibogelkan. Fokusnya hanyalah pekerjaan di sekitar itu pada waktu itu hanyalah rakyat Amerika yang bekerja untuk pemeritahan tentera sahaja. Kurang logiknya di situ. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah adanya masyarakat global yang dipindahkan dari bumi ke planet baharu tu.Nasib baik CGI dia boleh tahan. Kalau tahap2 macam Spiderman 1 dan 2 tu.. memang aku gelakkan sahajalah. HAAHAHAH
- Lagi satu, nilai dan pengajaran yang ingin ditampilkan pengarah masih kurang berjaya untuk diserlahkan secara bijak. Sebab lebih banyak penceritaan kepada teknik plot imbas kembali yang berulang-ulang kali , kurang diertikan secara mudah, dan tak berkaitan. Dialog yang dituturkan juga banyak yang tak mendalam. Susah nak kagum dengan filemnya. Mungkin kita boleh kata ikatan kekeluargaan yang erat. tetapi.. kurang diceritakanlah dan bersimpang siur... Seperti maksud aku tadi, tiada gaya penceritaan dengan cara yang bijak. Sebab kita tak nampak pengakhiran yang sempurna walaupun akhir sekali bapak dia menunjukkan tabik terbalik (konon zaman akan datanglah) dan peluk2 dan habes. Derrrrr.. Mana tema yang ingin dipersembahkan? Kata-kata motivasi Will Smith masih tak terkesan dalam hati..
Hmmm aku rasa setakat tu jelah pendapat aku. Nak kata lebih2 nanti susahlah pulak. Terus orang lain angkat aku jadi penilai kualiti filem karang.. tak bersekolahlah aku.. duduk di pawagam sahaja. Kehkehkeh. Sementara itu, aku nak beritahu kalian yang bahagian kredit untuk para kru yang ber'penatlelah' bagi filem ni, dan apabila dikilas sekali, penulis yang memberi idea asal bagi mencipta skrip2 filem ni ialah pelakon utama tu sendiri. Will Smith.
![]() |
ni anak dia.. i will never say never.. |
Tatkala itu, aku terfikir-fikir adakah salahnya yang menulis skrip2 kurang berkualiti atau si pengarah yang mencipta situasi-situasi bosan dalam filem itu..M. Night Shamayalan. (damn!! aku baru tahu pengarahnya lepas aku tengok filem ni) Waktu tu, aku teragak-agak juga yang bukan semua pelakon yang hebat mampu jadi penulis skrip yang memiliki idea untuk membina sebuah pendapatan box-office ..dan bukan semua boleh jadi pengarah yang baik walaupun selalu sahaja dikritik dan ada sahaja peluangnya untuk bikin filem. KahKahKah.
tapi jangan silap...
memang ada pun pengajaran yang seharusnya kita ambil sebagai salah satu lampu jalan sepanjang hidup..
Cuma berpada-pada dan pandai-pandailah berfikirdengannya.
Kita seharusnya berani dengan apa jua cabaran. Nampak klise.. tetapi selalunya nilai macamnilah yang selalu kita terlepas pandang.
Seperti yang tertera pada poster filem tu juga.
"Danger is real'
Fear is a choice"
Jadi.. dengan ayat yang mengancam ni..
Sekurang-kurangnya nampak jugalah sisi positif yang ada pada filem ni.
Memang pun.. Benda2 bahaya yang punya risiko tinggi
tapi jangan silap...
memang ada pun pengajaran yang seharusnya kita ambil sebagai salah satu lampu jalan sepanjang hidup..
Cuma berpada-pada dan pandai-pandailah berfikirdengannya.
Kita seharusnya berani dengan apa jua cabaran. Nampak klise.. tetapi selalunya nilai macamnilah yang selalu kita terlepas pandang.
Seperti yang tertera pada poster filem tu juga.
"Danger is real'
Fear is a choice"
Jadi.. dengan ayat yang mengancam ni..
Sekurang-kurangnya nampak jugalah sisi positif yang ada pada filem ni.
Memang pun.. Benda2 bahaya yang punya risiko tinggi
memang ada.
tetapi...
ketakutan tu.. memang ada jugak.. cuma pilihan kita untuk bergelumang dengannya.
tetapi...
ketakutan tu.. memang ada jugak.. cuma pilihan kita untuk bergelumang dengannya.
Jadi.. skala bagi cadangan aku terhadap filem ni.. adalah sangat kurang sekali..
Not Highly recommended
tapi.. kalau kome ada banyak masa untuk satu cereka sains yang hudduh ni.. silakanlah.. aku tak rugi pun.. ala..tak menyesal pun.. tengok cerita ni. Cuma satu pembaziran aku rasa.. Nampak macam gah bagai lah.. (aku sahaja yang nampak macam tu mungkin) tapi... akhir sekali.. aku tak kagum dan tak terkesan dalam hati.Hahahaha Maaflah banyak berbicara dalam blog kali ini. Tetapi, aku rasa masih banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki oleh para penggiat dan pembikin filem Hollywood. hahah Aku nak tengok filem KIL.. tapi.. keadaan tak mengizinkan. Sebab tak ditayang di pawagam Ipoh.
Oklah.. ini sahaja coretan aku.
Ada rezeki kita catit lagi.
Assalamualaikum.
haa paen pun kata x best and i love your entry
ReplyDelete