Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Wednesday, July 24, 2013

Bila Bergaya

Assalamualaikum..
Hullo...
Weehhhhoooooo

Haahhahahahah

Sebenarnya aku nak ceritakan tentang apabila para gadis atau wanita yang sudah lumrah inginkan kecantikan tak kisah dalaman mahupun luaran.

Apa saja nak cantik..
Tudung kelepet - Betulkan selama 12 minit
pantang nampak apa sahaja yang boleh memantulkan imej virtualnya..
pasti.. tak lepaskan peluang.

Cermin...?
Belakang permukaan sudu?
Dinding kaca..?
Tingkap kereta?

Hahahahha
Cakapkan sahaja!!

Tetapi,
tidak bagi aku..
(cee... ye ke? )
Kadangkala, aku sendiri yang malas nak membetulkan tudung aku.
Bagi aku, kadangkala bukannya cantik pun jika dibetulkan.
Dan bagi aku, perkara seperti demikian bukanlah satu tindakan yang dikatakan sebagai satu perbuatan yang penting dalam kehidupan sehari-hari.

Jangan cuba mengeluh , merungut, ataupun menyalahkan atas kemalasan aku yang berskala 10/10 ini.

Cumanya,,

Bagi aku perkara tersebut semacam tabiat remeh.
lagipun, aku sedia maklum dengan cara para gadis dan wanita yang  sememangnya ingin kekal kemas , tampak elegan, cantik dipandang.
Aku tak pernah salahkan atas gaya tersebut.

Kerana..

Itu lumrah.

Kalau tak cantik.. macamana nak dipanggil

Wanita Hiasan Dunia.



*--*

Alahai,,
lagipun ramai sahaja yang semacam aku ni..
yang buta bila bergaya
Penampilan aku ketika ke luar rumah,,
masih lagi dengan seluar trek biasa.
bersarungkan kemeja t dikotkan dengan cardigan
Selesa aku masih di situ.

Tetapi..
bohonglah kalau aku tak ada keinginan untuk bergaya.
pakai pakaian indah belaka.
gaya sini dan sana.
terutamanya bila Syawal menjelma.

2006
Aku mula memerhatikan kakak-kakakku yang seramai 6 orang sudah mula bergaya.
Bukan mereka tak bergaya hebat selama ini.
Cumanya,
tahun tersebut yang aku nampak hampir kesemuanya bergaya dengan pakaian berfesyen.
Warnanya yang cerah-cerah.
Coraknya bermegah-megah.
Potongannya gah-gah.

Pagi itu, tiada masalah.
Aku yang naif tentang gaya tudung yang bakal aku gayakan akan dibantu oleh beberapa orang kakakku.
Sementelah..
Mereka ADA menawarkan bantuan tersebut sejak awal-awal lagi
Itu pagi...
Petang menjelma,
tudung yang tadinya dipin rapi mula menyeget.
Sambutan Hari Keluarga akan diadakan beberapa minit sahaja lagi.
Aku tidak keruan..
Kerana,
Bantuan yang aku pinta, belum ada siapa lagi yang sudi hulurkan.

Kenapa?

Mereka juga di menghadap cermin,
Betulkan apa yang perlu;
Bergaya harus yakin,
Barulah dengan orang kita tak malu.

Akhirnya,
tudungku dibiarkan kelepet begitu sahaja.
Fikiranku hanya kosong.
"Ah..tak mengapalah, kecil lagi aku. 12 tahun bukanlah satu usia yang sesuai untuk memikirkan sebegitu semua."
detik hati aku.
hati kecilku langsung tak mengecil..
fikiranku langsung tidak endah..

Secara jujurnya aku tak kisah
Sebab..??

Ya..

aku pun bukan ambil pusing sungguh
jika bab-bab bergaya ni yang disuluh..
lagi pula,
memang lumrah hidup aku
yang tak serupa wanita lain..
nak bergaya serba sempurna..
(gamaknyalah..)


Motif aku menulis tulisan di blog ni pun bukan apa
Sekadar suka-suka.
Tapi..suka-suka pun . suka aku nak cakapkan masih ada isinya.

Moral yang aku dapat

Sedikit sahaja..tapi cukup berguna
bagi orang yang tak tahu menahu nak bergaya bagai..

tapi..

berangan nak bergaya dan minta orang tolong betulkan-kenakan tudung, solekan atau rambut.

Sebab?

dia pun ada kerja
untuk betulkan apa yang dia punya..
Tudung dia..
Baju dia
Rambut dia..
harus dia jaga juga
tiada masa untuk membetulkan-memasangkan orang lain punya..
hmmm adapaham!! 
hahahhaha

Melainkan,
Kau mampu nak menggajinya..
Ataupun,
Bersepah-sepah la wei.. video tutorial nak buat tudung bagai ni..
Tinggal kau nak atau tak belajar je!!

Kalau tak tahu juga..
dan
takut kau pun lokek komitmen untuk setiap kali, pantulkan imejnya di permukaan licin...

jadi macam aku.

Selekeh
eh tak...
Sempoi hahhahaha
dan tak berangan nak jadi bergaya
sampai kau bersedia...

Satu hari..
masa muka
Biar kau tentukannya

Ewah...

Tinggal dulu..
Salam Selamat..
tengok Drew Barrymoore
selekeh-selekeh pun lawa apa..
hehhe











No comments:

Post a Comment