Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Wednesday, January 21, 2015

Detik Gelanggang Blog Usang Dibuka Kembali

Assalamualaikum.

Sebelum apa-apa lagi, kepinginku ucapkan Selamat Tahun Baharu 2015.
Tahun Baharu, Azam baharu bukan?
Ah... azam untuk aku kecapi pada tahun inibukanlah  dalam bentuk yang jelas dan tertentu.
yang pastinya, aku mahu buat yang sebaiknya dalam hidupku.
Capai tahap yang tertinggi dalam apa jua yang aku lakukan.
Apa-apa yang membabitkan aku, komitmennya harus 108%.

Hatta,
Hal ini bukan bermakna aku tidak mempunyai tujuan atau hala yang sebenarnya.
Cukup sekadar aku tahu apa yang aku mahu.. dan aku akan cuba realisasikan sebanyak dan semaksimum mungkin.
Apa-apa cabaran yang aku tahu, juga yang aku tak tahu terutamanya pada masa muka.


Hmmm...
Aku ni sebenarnya, agak lama juga dah tak kemaskini blog aku.
Dah sebegitu lama jugalah.
Bukan juga, tetapi memang lama sangat.

Hahaha


Aku punya banyak masa, tapi komitmen aku yang tak begitu memberangsangkan menyebabkan aku tak mampu menzahirkan penulisan yang baik walaupun idea aku banyak juga yang dijana. Idea ni sering menyusup masuk tanpa diketahui asalnya ketika aku tidak berada di hadapan komputer riba yang dipasang dan jari mula rajin untuk menghenyak papan kekunci.
Tambah tambah, masaku juga banyak diisi dengan menelaah pelanjaran. (Ayat... taknak kalah ..kah!)
Sebelum ni, aku banyak nak fokus dulu tentang STPM. Tetapi waktu aku cuti, banyak dihabiskan untuk bekerja pula.

Kalau tak kerja, susah juga nak cari sumber pendapatan.

Maka , aku pun bekerjalah dengan bapa saudaraku di Sungai Siput, pekan selepas Chemor bersebelahan dengan Ipoh. (kalau kome semua hebat Geografi, kome akan paham). Aku kerja sebagai kerani. Alah... kerani cekodok saja. Apa tu kerani cekodok? Aku anggap sebagai kerani cekodok sebab aku yang bubuh istilah ni. Kerani cekodok ni macam kerani yang tak ada sebarang kelayakanlah.. Aku tahap STPM saja. Keupayaan dan kemahiran aku dalam teknologi ni.. emmm kelaut! Biasa saja.

Arakian, kadangkala idea yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah laluan otak ini tidak akan dapat ditulis pada masa itu juga. Juga dengan masalah hubungan aku kepada akses internet di rumah. Takkan pula nak mengemaskini blog ketika masa bekerja. Eh-eh.. banyaknya alasan aku. Ouh biasalah. Manusia. Memang bukan namanya manusia jika tak banyak alasan. (HAHAHAHA)

[Wei, aku buat lawak ni...gelak wei]

Oh ya,
terlanjur berbicara di sini.. aku sekadar ingin berkongsi berita bahawa aku kini sudah bergelar mahasiswa. Ya mahasiswa di salah sebuah universiti awam di tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu Universiti Malaya yang sedang dalam melanjutkan pelajaran tertier dalam jurusan Ekonomi.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga imian aku nak sambung pelajaran dalam bidang ini. Aku sebetulnya mula memasang impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang semenjak aku mulakan Tingkatan Enam aku dalam kelas Sastera. Iyalah.. mula-mula kelas Sains memang aku memasang impian nak ambik Kejuruteraan, tu sebab aku menempah maut ambil Fizik dalam kelas Sains Tingkatan Enam.

Tetapi selepas aku tukar jurusan, aku mula jatuh cinta dengan Ekonomi. Makanya, semenjak daripada itu, aku terus nekad dengan memasang impian untuk menyambung pelajaran tinggi aku dalam bidang Ekonomi. Atau jika tidak pun, mungkin yang berkaitan dengannya. Mungkin Perbankan.. Mungkin Akauntansi (walhal jauh bezanya dengan Ekonomi). Janji aku dapat bertekad dengan impian ini.

Ya, asalkan kita bermimpi, sekurang-kurangnya jika kita tidak mampu melewati hidup tanpa mencapai impian yang dimahukan,

Masih, kemahuan itu ada. Mimpi... bukan perlu bayar. Percuma. Dan mimpi ni dapatlah juga kita capai walaupun dalam mimpi.

Mimpi aku jika boleh selagi boleh dijulang tinggi setara awan,  selagi itu aku terus julang.

Jadi, impian aku ini tidaklah mahu dipasang secara pasang sambil lepas. Ahh.. senang kata, kalau barang yang percuma, mesti kita mahukannya secara maksimum, bukan? Tak kisahlah bilangannya maksimum ke? kandungannya maksimum ke. Janji mimpinya nak dalam skala beso aje!
Sama seperti mimpi. Jika mahu bermimpi, rugi jika kita bermimpi tidak dalam skala yang besar. Jika menjadi sang pemimpi, teruskan impianmu seakan-akan kamu akan berlari ke langit.

Ah sudah, bunyi lain macam saja ni.

Sebenarnya, tujuan aku membuat kemunculan semula melalui entri ini adalah untuk menghidupkan kembali blog yang sudah lama aku tak jenguk ni. Aku nak kembali aktif dalam dunia penulisan. Tetapi melalui entri ini hanyalah sekadar pemanas badan. Aku tak berniat untuk menghuraikan idea-idea berat lain dalam entri kali ini sebenarnya. Oh.. bagi entri lepas, aku ada buat cerita bukan? Aku sudah pun menghabiskan cerita tersebut dan ceritanya tersimpan kemas dalam simpanan pendrive aku. Walaubagaimanapun, aku tak bercadang untuk menghabiskannya dalam blog ini. Jadi, pada sesiapa berminat untuk mengetahui kisah seanjutnya, aku akan cuba memberikannya melalui email. Ketuk-ketuk sahaja ruangan komen. Itupun jika berminatlah. Cerita aku itu kiranya tergantung dalam blog ni sajalah.

             Aku pun kiranya teringin juga untuk membikin karya sendiri untuk diterbitkan dan dipasarkan di pasaran buku tak kiralah tempatan atau pun antarabangsa. Kerana itu, aku turut memasang impian untuk memiliki sebuah studio untuk menempatkan segala karya fotografi aku, karya filem-filem indie dan lagu-laguku, buku-buku yang aku tulis yang diterbitkan oleh syarikat penerbitanku dijual di satu sudut, dan juga sebuah kedai kopi tetapi lebih kepada hidangan yang kebanyakan kandungannya adalah daripada ladangku sendiri di belakang rumah. Kedai kopi ini juga terletak di ruang yang sama. Di situ, ramai pelanggan boleh berbincang-bincang, bercakap-cakap tentang hal ehwal dunia dan ukhrawi.

Ah...
Sudahku bilang tadi,
Menjadi sang pemimpi itu percuma.

Tidak rugi apa-apa.
Tidak perlu bayar atau keluar modal sekalipun.

Cuma pasang impian.

Tapi,
pilihannya antara dua.
Mahu jadikan impian itu jelas untuk diabadikan sebagai cita-cita dan galas usaha ke arahnya.
Atau terus dibiar terbang melayang dalam alam impian imaginasi tanpa direalisasikan di hadapan mata.

Walaupun kita semua tahu, nak jadikan itu semua bukan sekadar virtual sangat-sangat memerlukan fulus yang  menimbun,

tetapi,
itulah cabaran hidup.

Nak jadikan sesuatu cita-cita itu tercapai,
kena duit banyak
usaha lebih
doa kaw kaw

Tapi kalau tak buat semua itu,
taklah hidup.

Ye dak?


Tinggal.
Salam.

No comments:

Post a Comment