Woh!! Ini catatan aku yang kedua. Yang kedua
bermaksud aku telah berjaya mengekalkan hatiku untuk tidak mual untuk terus
menulis. Ini bermaksud aku belum lagi terasa untuk berhenti menulis dan belum
lagi memiliki jiwa yang bosan kerana menulis. Belum. Belum lagi. Tahniah!!
HAHAHA. Semuanya.. kerana dia. Ya. Kerana gadis yang aku temui di koperasi
sekolah itu. Oh ya. Sebenarnya aku ada cerita yang sangat mengujakan yang ingin
aku zahirkan dalam diari ini. Hatiku kini bolehlah terbuai-buai riang dan
bahagia lagi kerana sebenarnya gadis pujaan hatiku itu merupakan rakan
sekelasku. Lima hari sebelum ini, gadis itu merupakan ahli kelas bagi aliran
Sastera. Tetapi, disebabkan dia tidak berminat untuk mengambil subjek Sejarah
yang mesti diambil oleh setiap pelajar kelas Sastera, maka dia bertindak untuk
memohon pertukaran aliran kelas ke aliran Akaun iaitu kelas aku. Aku sungguh
teruja. Perasaan aku ini sangat berbunga-bunga sehingga aku tidak tahu
bagaimana rasanya hatiku ini tatkala guru kelasku mengumumkan kemasukan pelajar
perempuan baharu tersebut di dalam kelas.
Dan namanya pula sungguh manis. Jika sebelum ini aku sememangnya tidak pernah peduli atau ingin mengambil tahu tentang nama penuh kawan perempuan yang sekelas denganku kerana bagiku asal sudah tahu namanya yang mudah untuk dipanggil serta wajahnya sahaja, tetapi berbeza dengan gadis ini. Sudah namanya pun gadis pujaan bukan? Tentulah semua butiran terperinci ingin kita ambil tahu. Sungguh, aku tidak tahu adakah ini jenis perasaan yang kita bakal alami jika seseorang itu sudah kita cintai tetapi itu semua tidakku peduli lagi. Hatiku. Suka akulah untuk merasakannya dan mahu meraikannya bagaimana pun? Bukankah begitu? Sejujurnya, sebelum ini aku sentiasa sahaja mengutuk kawan-kawanku yang sering membuang masa kerana cinta satu waktu dahulu.
Kerana bagiku, love is just crap! Nonsense! Bagiku, mamat-mamat jiwang iaitu kawan-kawanku yang pernah kulihat percintaan mereka yang sering berkomunikasi dengan teman wanita-teman wanita mereka dengan gelaran Bi, Sayang dan seangkatan dengannya bukanlah satu perkara yang bagus untuk dipraktikkan dalam amalan sehari-hari. Malahan bagiku, bercinta di awal usia bukanlah satu keutamaan untuk kita sebagai seorang pelajar. Tetapi kali ini, aku sendiri terpaksa menjilat kembali ludah yang pernahku buang dengan penuh hina dan nista itu. Kali ini, gadis itulah yang bertanggungjawab membawa hatiku lari dan menyebabkan prinsip yang selama ini aku pegang telah terbatal dengan sendirinya.

Dan.. oh ya, berbalik kepada kisah nama gadis itu. Namanya manis
juga. Semanis orangnya. Amirah Rose namanya. Aku? Ketika itu, mataku tidak
pernah lepas daripada memandang gadis yang tidak ubah seperti bidadari yang
baru melangkah masuk ke dalam kelas untuk memperkenalkan diri. Sejurus selepas
suaranya dilepaskan, terus hatiku cair sehingga tiada lagi hati untukku utuh di
dalam jiwaku. Seluruhnya telah dicuri gadis itu. Dan dia lebih gemar namanya
dipanggil dengan nama Rose. Menurutnya, lebih mudah dan ringkas. Ah.. alangkah
indahnya hidupku, Rose kini sekelas denganku dan tempat duduknya telah
ditetapkan oleh guru kelasku iaitu terletak di tepi tingkap di bahagian hadapan
kelas.
Walaupun Rose bukan duduk di sebelahku, tetapi sekurang-kurangnya aku masih lagi boleh mengintainya sekejap sekejap. Menurutnya lagi, dia pernah bersekolah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur ketika bapanya bekerja sebagai seorang pegawai bank di situ. Tahun ini, bapanya ditukarkan ke daerah kediamanku, dan dia pula tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tertier menerusi diploma, dan nasibnya juga sepertiku iaitu disuruh bapanya untuk terus ke Tingkatan Enam. Dan akhirnya, disinilah dia di dalam kelas aliran Akaun Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Theo Franciscus ini. Hari pertama dia di kelas hari ini tidak ada apa-apa yang menarik untuk diulas pun. Lagi pula, aku sebenarnya sedang teruja merancang untuk mendekatkan diri dengan Rose. Jadi, perancangan ini perlu dijalankan dengan lancar dan rapi agar tidak berlaku sebarang kesilapan memalukan nanti. Almaklumlah, aku bukanlah mat romeo terhangat di sekolah. Ya, aku sedar itu. Aku juga tidaklah memiliki paras yang tampan serta digilai ramai. Namun, bolehlah dikatakan seperti petikan lirik lagu Yang Mana Satu dalam cerita Labu dan Labi, yang salah satu rangkap itu dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. “Lawa tiada manis ada”. Senafi-nafi orang sekelilingku terhadap paras mukaku yang tidak seberapa ini, mereka masih tidak boleh menidakkan kemanisan yang dikurniakan pada wajahku ini. Bukan mahu membangga mahupun berasa riak, tetapi jika sesiapa menatap wajahku pasti akan mengakui tentangnya. Kenyataan. Apa lagi yang aku mampu lakukan. Ah, aku pun lagak biasa sahaja. Ketrampilanku ketika di luar pun bukanlah sesegak jejaka poyo tipikal yang lain. Aku tidak suka memakai cermin mata hitam aviator Ray Ban gerbang malam, juga tidaklah sehingga gaya rambutku dipacak-pacak ala model America’s Next Top Model, mahupun berkemeja kotak-kotak yang sering dipakai lelaki lain dan sering ke pawagam di pusat membeli-belah . Oh.. aku bukan begitu. Lagi pula, aku bukannya gemar berdiri di tepi sudut pusat-pusat membeli-belah dan dengan muka tak malunya ingin memikat para gadis yang lalu-lalang di hadapan mereka sambil memuncungkan mulut lalu membikin satu bunyi semacam cencurut. Sungguh. Aku bukan begitu lagaknya. Aku juga berasa sungguh malu dengan kelakuan yang bukan menunjukkan ketimuran kita sebagai masyarakat Asia dan paling penting sebagai rakyat Malaysia. Dan sesungguhnya, aku tidak pernah ingin menjadi haiwan. Sungguh! Bunyi cencurut tersebut sangat-sangat menimbulkan rasa kurang senang terhadapku. Eh.. aku terus menulis dan menulis tanpa sedar hari pun mulai gelap. Kain di jemuran masih belum diangkat lagi. Ibuku pula belum pulang lagi. Jika dia pulang nanti, pasti bebelannya akan menjadi alunan dodoianku jika dia lihat kain di jemuran belum diangkat lagi.. Lebih baik aku pergi cepat. Dan sementara itu juga aku harus selongkar isi mindaku untuk mencari buah fikiran supaya aku dapat dekatkan diri dengan Rose. Ah.. menyebut namanya juga sudah membuatkan perasaan aku terbuai-buai.

Tadi petang merupakan sore yang santai untukku. Hari
ini Sabtu. Cuti sekolah. Seperti biasa aku tidak melakukan sebarang aktiviti
yang produktif. Aku sememangnya antara remaja yang bangun awal pagi. Pesan ibu,
lelakikah atau perempuan sekalipun harus bangun awal pagi. Rezeki mudah masuk.
Rasionalku pun sealiran dengan persepsi sebegitu. Bagiku, Subuh pada awal pagi
itu yang harus dikejarkan. Bangun awal pagi bermakna kita punya banyak masa
untuk melakukan aktiviti untuk hari seterusnya. Tubuh badan juga pastinya
segar. Sihat tubuh badan juga bermakna sihat minda kita. Tidur juga jangan
terlalu lewat. Walaupun sebagai seorang pelajar sekalipun, bukanlah alasan kita
untuk berjaga malam semata-mata untuk bersengkang mata menghadap ilmu sehingga
tidak tidur. Bangun malam dibolehkan. Tetapi haruslah didahului dengan tidur
yang awal juga. Waktu paling mujarab untuk bangun menelaah pelajaran adalah
pada jam 2.00 pagi hingga waktu lewat dinihari seperti 6.00 pagi. Ketika itulah
mudah untuk ilmu diserap masuk ke dalam minda. Yang pastinya haruslah memiliki
waktu rehat yang mencukupi.
Lagi pula, aku bukanlah tergolong dalam kalangan remaja yang sering bangun lambat yang kadangkala orang lain sedang menikmati makan tengahari barulah terhegeh-hegeh mengucapkan ucapan ‘Good morning’. Sungguh. Sumpah. Aku sangat menyampah dengan perlakuan begitu. Terutamanya jika perempuan. Sukar untuk dibuat isteri jika begitu keadaannya. Aku sentiasa berharap Rose bukanlah dalam kalangan begitu. Eh? sedar tak sedar aku menulis untuk diari ini tak sangka sudah banyak tulisan yang aku nukilkan. Dan tak sangka azamku nampaknya masih menjadi sehingga ke hari ini. Azam untuk menulis sebuah catatan seperti kaum wanita selalu lakukan. Ah… aku banyak membebel tentang tips untuk kekal sihat dengan mencukupkan tidur sehingga aku terlupa seketika tentang projek aku untuk memikat Rose menghampiri satu langkah mara. Ketika aku menggigit jari seperti kebiasaannya, dengan secara tiba-tiba aku terfikir satu cara untuk mendekatkan diri dengan Rose. Caranyaaa.. adalah dengan cuba-cuba untuk terus berkenalan dengannya. Ah, tetapi bukan dengan cara sengaja bertemu dengannya dan terus berbual-bual. Tidak. Aku bukanlah jenis yang main buat sahaja. Aku juga punya perancangan rapi. Pastilah aku harus mempunyai satu agenda sebelum dapat memulakan perbualan dengan Rose. Sebagai contoh yang boleh aku fikirkan sekarang adalah dengan secara tidak sengaja terlanggarnya ketika berjalan ke perhimpunan. Kenapa aku memilih perancangan sebegini?
Mari aku ceritakan. Setiap pagi, Rose akan memantulkan wajahnya di hadapan cermin kelas yang terletak pada dinding di bahagian hadapan kelas. Cermin itu juga sememangnya dekat dengan laluan ke pintu hadapan kelas yang mana merupakan laluan wajib untuk para pelajar kelasku untuk keluar ke perhimpunan pada waktu pagi. Hampir setiap pagi juga, aku lihat ramai rakan kelasku yang sedang berjalan keluar untuk ke perhimpunan pasti terpaksa berjalan perlahan atau terhenti seketika kerana kadangkala Rose yang sedang asyik memandang cermin tidak perasan akan kehadiran rakan-rakan kelasku yang berjalan melalui laluan yang dihalangnya. Tatkala itu, aku merasakan ketika itu, dialah bidadari yang aku tunggu-tunggu selama ini. Lawa. Memukau. Pendek kata.. dalam Bahasa Inggerisnya.. flawless lah! Dan aku turut merasakan bahawa akulah manusia paling beruntung jika memilikinya. Lagi pula, dalam kira-kira aku, respons rakan-rakan lelakiku yang lain terutamanya yang memiliki paras rupa yang lebih kacak daripadaku, mereka tidaklah terlalu teruja untuk berkenalan dengan Rose sebagaimana aku. Mereka pun sudah berpunya. Dalam telahanku, pastilah teman-teman wanita mereka lebih cantik daripada Rose. Selalunya jika Rose memantulkan wajahnya di hadapan cermin tersebut, dia hanya tersenyum ringkas terhadap rakan-rakan lelakiku… dan reaksi mereka hanyalah membalas senyuman tersebut dengan tersengih sipu. (Eh,wujudkah frasa sedemikian?). Dan seterusnya, Rose akan terus menuturkan kata-kata maaf dan terus melangkah pergi ke tapak perhimpunan. Manakala, rakan-rakan lelakiku yang lain akan berjalan perlahan dan memanggilku sambil sempat menitipkan pesanan agar aku menutup pintu kelas sebelum beredar keluar daripada kelas. Sebenarnya kerja-kerja menutup pintu sebelum keluar daripada kelas bukanlah tugas aku tetapi sebaliknya kerja ini ialah tugas milik ketua kelas.
Namun, ketua kelasku iaitu Zain Zahidan bin Muhammad tidak akan melaksanakan tugas tersebut. Aku boleh jamin sampai potong jari kelingking aku yang dia tidak akan melakukannya sehingga aku tamat belajar dalam Tingkatan Enam di sekolah ini. Kerana apa? Kerana dia tidak akan datang ke sekolah pada awal pagi. Dia akan muncul kadangkala ketika jam mengunjukkan lagi 10 minit sebelum waktu rehat kelas kami bermula. Waktu itu, dia sudah bersedia dengan beberapa kotak rokok Marlboro atau Dunhill untuk dihulurkan kepada rakan-rakan kelasku yang lain. Kadangkala ada juga sehari dua langsung tidak muncul-muncul di sekolah. Bukan mahu mengata mahupun mengutuk, tetapi kalian sendirilah yang fikir-fikirkan adakah ketua kelasku sebenarnya menunjukkan imejnya dan sikapnya sebagai seorang ketua kelas. Bertanggungjawabkah dia?

No comments:
Post a Comment