Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Sunday, April 12, 2015

Catatan Mahasiswi di tengah Kolumpo


Assalamualaikum.





















Sudah lama juga aku tak menjengah isi kandungan blog aku. Dan memuntahkan isi fikiran dan hati aku ke dalam kotak blog ini.

Cuti pertengahan semester kedua sudah kumulai sejak hari Jumaat lepas lagi. Disebabkan dalam jadualku, tiada langsung kelas untuk hari Jumaat, jadi aku hanya meluangkan aktiviti tidak berapa nak produktif di dalam bilik pada hari itu.
Sekadar beristirahat, tidur dan mendengar muzik di dalam bilik.


Aku pulang ke Ipoh hari Sabtu esoknya. Naik tren ETS pukul 8.00 malam. Tapi, seawal jam 10 pagi lagi aku sudah terpacak di KL Sentral. Niat aku hanyalah mahu berjalan-jalan di sekitar Times Square. Aku juga memang sudah merancang perkara ini bersama-sama dengan kawan aku yang belajar di UKM, Jah untuk berkeliaran di sekitar sana sebelum pulang ke kampung.






Tapi cerita tadi bukanlah tujuan utama yang aku nak cerita dalam entri ini. Hahahah Biasalah. Selalu mesti ada mukadimah yang memang menyeleweng daripada tujuan asal aku nak bercerita.

Pejam celik pejam celik, rupanya aku kini sudah dalam semester kedua.
Fuh... perjalanan nak sampai ke sini memang payahlah yang boleh aku kata.

Bukan sebab aku kena daki tangga fakulti yang dipanggil Batu Caves UM.
Ataupun aku diwajibkan mengelap lantai bilik yang selalu berhabuk.

Tetapi disebabkan subjek-subjek yang diajar di sini agak mencabar juga.
Memanglah orang-orang di luar sana yang memandang jurusan yang aku ambil ni lebih senang berbanding jurusan Sains akan mengatakan bahawa Ekonomi bukanlah susah mana pun.
Ya. Aku tak kisah pun mereka berkata sedemikian. Sebab aku dah lali dengan kenyataan pesimis seperti ini.
Tetapi, bila difikirkan kembali.. belajar apa yang tak susah woi!

CGPA yang aku peroleh untuk semester lepas pun memang tidak memuaskan sangat pun. Tapi tak mengapalah. Memang tujuan aku datang ke sini pun untuk belajar. Belajar sehingga aku betul-betul faham. Memang mencabar. Susah. Terutama sekali, aku kini telah menjumpai musuh utama aku. Matematik. Ha Ha.


Gayat jugalah kalau aku tidak mampu peroleh keputusan yang baik.
Nampak macam aku main-main saja kalau aku putuskan untuk terus bergelumang dengan CGPA seperti ini.
Adakala, aku nampak macam kurang berminat dengan Ekonomi ini.
Nampak sahajalah. Tetapi pulun dia aku tak tahu hendak katakan bagaimana.

Tulah..
Bukan nak kata CGPAlah segala-galanya.
Walaubagaimanapun, kena faham juga yang CGPA pun salah satu penanda aras sama ada kau benar-benar menunjukkan minat lagi atau tak.

Kalau asyik-asyik kata aku minat apa yang aku buat sekarang ini. Tapi belajar ke laut. Sama saja. Ada baiknya berhenti belajo.

Aku pun boleh kata acap kali jugalah menasihati diri ini untuk bersifat optimis.
imbangkan apa yang tak seimbang.
macam masa...
pemakanan..
penerimaan ilmu.


Itulah sebabnya kalau boleh, aku nak elakkan diri daripada nak buang masa dengan perkara yang aku rasa membuang masa aku. Kalaupun aktiviti-aktiviti tu di bawah seliaan sesuatu organisasi yang ada di UM.
Yelah..
Macam dengar ceramah 'bercinta selepas bernikah' ke..
Konsert-konsert yang menjemput penyanyi-penyanyi yang mengaku mereka seorang 'art'ís.

Kebelakangan ini pun,
pengaruh politik kepartian yang memang aku tak berapa gemar
memang banyak berselerak di UM. (kebelakangan tu terjadi sebab aku baru saja masuk dan belajar di UM)

Pelik aku.
Kempen parti-parti politik dalam kampus pun dah menyamai parti politik luar.
Kata-kata berbaur provokasi di sini sana.
Vandalisme pun merata.
Poyo sungguh bila aku tengok semua ini berlaku.
Figura-figura yang nak bertanding dalam peringkat kampus sahaja.
Tetapi boleh masuk TV dan berbagai-bagai jenis medium lagi.
Tuduh-menuduh kau jangan katalah.
Itu kata tak kencang tak sah.
Ini kata retorik tahap 800 Watt.

Hairan aku bila tengok mereka ini.
Susah sangat ke kau nak menjaga kebajikan pelajar tanpa perlunya provokasi.
Rasa tidak selamat kalau tak menang itu pun mesti kena membiak dalam diri.
"Biar kita tak bersaudara dan bergaduh sesuka rasa. Asalkan posisi ini aku disandang jadi juara."

Nak jaga kebajikan pelajar tu aku faham. tapi jika sudah kalah, mulalah penyebaran kisah-kisah skandal dan gosip tak reti buat kerja, goyang kaki, 'student power' tak guna.. dan sebagainya berleluasa.
Woi! Mahu menjaga kebajikan pelajar bukan setakat kau kena jadi penyandang posisi perwakilan pelajar.
haiyyaaa.!!
memang tak ubah aku tengok politik kepartian di luar sana tu.
Kata obses karang, dibalas tak faham perjuangan demokrasi.
Dikata bodoh, nanti dibalas "kenapa kau yang konon pandai sangat tak masuk dan cuba buat kerja ini".


Itulah kalau kita sudah terlalu 'masyuk' dengan demokrasi.
Kita angkat sangat sistem yang belum tentu dioles dengan baik di negara ini.
Kau bayangkanlah. Kita punyalah mengangkat sistem ini dalam negara. Baik punya angkat sehinggakan diajar kepada pelajar-pelajar di Malaysia semenjak dari Tingkatan 5 lagi.

Sistem politik kita ialah Demokrasi Berparlimen raja Berperlembagaan.
Tapi, bila difikir balik, sistem kita bukanlah menyerupai sangat pun seperti acuan Demokrasi yang sebetulnya.
Lebih kepada diktator juga.
Kau tak fikir ke sistem ini pun sendiri penuh bayangan ragu-ragu.
Macamana nak cakup organisasi orang-orang di muka bumi ini kalau sistem pun tak tentu hala lagi nak menyusun sistem masyarakat.

Hahaha.
Kalau aku cakap banyak pun mesti ada yang akan marah aku balik.
Selalunya yang macai-macai parti politik yang fanatik dengan figura-figura politik utama ini yang akan balas dengan penuh amarahnya terhadap kenyataan macam aku ni balik.
Bukan setakat terhadap kenyataan aku.
Dengan aku-aku sekali agaknya.
Sebab apa?
Macai mana pernah menerima perbezaan pemikiran. Sudahlah tak menerima. Meraikan apatah lagi? Sudah tu, nak ajak berbincang pun memang dalam angan-angan sahajalah.
Itu sebab golongan sebegini dipanggil macai.

Bila bersuara agak lantang sedikit untuk pembaharuan kepada Malaysia yang lebih mapan, dikata tidak bersyukur.
Dituntut untuk menjadi kritis. Tetapi menolak idea anak muda.
Huh?

WOW!
Tak sangka pula aku bersifat kurang sopan dalam blog aku.
Alamak. Gayatlah pula.
Besok-besok aku kena tangkap.
Dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
Takutnyaaa...

Hah?!
Kenapa?
Terkejut?

Kalau baru ini kau terkejut, cuba-cubalah buka mata.
Inilah landskap politik kita pada hari ini.
Kalau kau masih obses parti ini dan mengancam parti ini, nampaknya kamu seperti sudah menyokong kepada satu lagi bentuk baharu keganasan.
Keganasan terhadap penyatuan dan kesepaduan.

Akui sahaja. Kita semua dalam sistem ini memang sudah lama terperosok dalam kecelaruan.
Kecelaruan terhadap penyalahgunaan kuasa.
Sampai sekarang aku pun celaru dengan apa yang aku perjuangkan.
Aku pun masih sangsi dengan apa yang aku baca.

Akui sahaja,
Kita semua celaru.
Masih keliru.

Tetapi makin lama dunia main tua.
Sudah tak larat nak menanggung berat kerosakan dan kebobrokan yang dibikin manusia.

Begitu jugalah landskap politik kita.
Tak berpenghujung. Dan perjuangan orang di dalamnya pun entah ke mana-mana arahnya.

Di kala orang nak membantu orang tak berumah dan tak cukup makan pun kena dakwa..
Ketika itu jugalah orang atas-atas masih nak mencukupkan kehendak dia yang tak pernah nak cukup.
Dan waktu jugalah orang-orang agama sibuk buat bising dengan ucapan-jual-agama dan gebang-gebang dia kata itu tak boleh dan ini haram.

Dan waktu itu jugalah,
aku masih optimis.

Menanti hari di mana Tuhan dengan baik hati-Nya beri sedikit barakah untuk aku teruskan hidup.

Kutip apa yang ada sebelum hari kebangkitan berlaku.
Bila?
jangan tanya aku.

Aku tunggu sahaja.
Tapi aku masih optimis.



Mentari petang 13 April 2015.
Dalam bilik ditemani Exo-Politics dendangan Muse.
-Cheerio-
Mood: Aku tengah nikmati cuti aku.




(psssttttt pssttt.. Kalau tak puas hati dengan apa yang aku tulis. Jomle bersembang. Aku ni ilmu kecik cenonet lagi.
Masih tengah belajo.
Buku-buku semester ini pun banyak tak khatam lagi. Macam aku tulis dalam ayat interaktif aku atas tu. Kita semua belajo)

1 comment:

  1. raih prestasimu
    http://wscaslioriginal.blogspot.com/

    ReplyDelete