Ini hanyalah sekadar pendapat-pendapat yang selalu berkecamuk dalam fikiran aku. Jika ada apa-apa kekhilafan segera tinggalkan komen di ruangan di bawah. Semoga kita boleh sentiasa ada percambahan idea.

Atiqah Lott

Atiqah Lott
Hidup ini isinya penuh dengan pelbagai fi'il. Kandungannya ada berbagai-bagai rupa. Terdiri dengan variasi keadaan. Ada yang menyenangkan hati. Ada juga yang menyelinapkan rasa-rasa kecewa dalam hati terhadap bumi Tuhan. Jalannya hanya satu. Iaitu dengan melalui semua itu. Kerana di situlah Tuhan akan menangkan yang hak. Dan memusnahkan yang batil.

Friday, May 12, 2023

RENTAKA LALAK, BISU

Rentaka bisu.

Rentaka itu melalak.
Rentaka itu bunyinya kuat.
Rentaka bergaung.
Rentaka itu mengguruh.

Tapi sayang,
Rentaka itu sebenarnya bisu.
Bisu semata-mata.
Lontaran bunyinya melebat.
Membingitkan gegendang telinga.

Bisu dengan peluru.
Peluru ukuh dan mampat.

Kasihan rentaka.

Masyhur dengan bunyi.
Miskin dengan isi.

No comments:

Post a Comment